Assalamualaikum,
Selamat Petang.

HATI TANPA RASA, SINOPSIS DAN PELAKON TV3 | Selepas drama rindu kasih, para penonton akan disajikan dengan drama Melayu terbaru berjudul hati tanpa rasa. Ia akan bersiaran selama 26 episod mulai 13 Disember 2022 nanti, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di slot Samarinda TV3. Ia juga merupakan drama lakonan Redza Rosli, Scha Elinnea, Khalida Balqis, Jasmin Hamid, Lisdawati, Wan Raja, Ayra Messi, Syarafi Sudarmaji, Shakira Stephen, Zuhairi Ibrahim, Said Ismail dan Nick Davis. Berikut adalah ringkasan info mengenai drama ini. Antaranya : -

Samarinda TV3
Sumber dari Facebook Suara Hati Publication 

Drama : Hati Tanpa Rasa
Produksi : Creative Skill Solution
Pengarah : Emi Sufian
Penulis Skrip : Nieza Nahar & Ateen Khalid
Rangkaian : TV3, Samarinda
Tayangan : 13 Disember 2022
Masa Siaran : 10 Malam, Setiap Isnin - Khamis
Episod : 26
OST/Lagu Tema/Lagu Latar : Lagu Sejuta Maaf nyanyian Liza Hanim

WATAK PELAKON

Kemudian, antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ni pula… Adalah seperti berikut :-
  1. Redza Rosli sebagai Nidham
  2. Scha Elinnea sebagai Kaisara
  3. Khalida Balqis sebagai Julia
  4. Yasmin Khalid sebagai Dr Irina
  5. Said Ismail sebagai Danish
  6. Nick Davis sebagai Isyraf
  7. Lisdawati sebagai Datin Faezah
  8. Zuhairi Ismail sebagai Datuk Nazrin dan
  9. Yasmin Hamid sebagai Makcik Rohani

SINOPSIS HATI TANPA RASA

Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Nur Kaisara. Dia sangat dahagakan kekayaan, sehinggakan dia sanggup derhaka kepada ibu bapanya. Nidham menawarkan kerja kepada Kaisara dan dia menerima tawaran tersebut dengan harapan dia akan dapat gaji yang besar.

Tetapi sebenarnya, Nidham memberi Kaisara kerja sebagai driver dia sahaja. Bagi Nidham, perangai Kaisara perlu diajar kerana nampak keterlaluan. Dapatkah Nidham mengajar erti akhlak kepada Kaisara?

Nak tahu apakah kisah disebalik drama hati tanpa rasa… Nantikan waktu siarannya mulai 13 Disember 2022, jam 10 malam di TV3... Setiap Isnin hingga Khamis.

Selamat menonton semua. ✌️

#Samarindatv3
#HatiTanpaRasa

Nota Kaki : Fiza suka tengok lakonan Redza Rosli. Nampak real. Scha Elinnea pun best jugak. Harap gandingan dorang ada keserasian untuk menghidupkan watak dan jalan cerita drama ni. Cuma tu la... Sejak akhir-akhir ni jarang dapat tonton drama jam 10 malam. Selalu Fiza dah tidur dah masa tu. 🤭