Assalamualaikum,
Selamat Petang.

PELAKON DAN SINOPSIS BAGI DRAMA BEREPISOD TERIMA KASIH CINTA DI TV3 SLOT AKASIA | Selepas drama wanita milik tuan Putra, para penonton disajikan dengan drama Melayu terbaru berjudul terima kasih cinta. Ia merupakan sebuah drama hasil adaptasi daripada novel Terima Kasih Cinta karya Aisya Sofea, dibintangi oleh Amar Baharin, Anna Jobling, Rita Nadira dan Azrel Ismail. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Azri Izhar, terbitan Global Station Sdn Bhd. Kemudian, drama ini juga telah mulai bersiaran pada 30 November lalu di slot Akasia, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam, di TV3.

Akasia TV3
Sumber dari Facebook Drama Sangat

Watak Pelakon/Cast

Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini adalah seperti berikut :-
  1. Amar Baharin sebagai Dr Harris
  2. Anna Jobling sebagai Wan Raihana
  3. Rita Nadira sebagai Dr Nora
  4. Azrel Ismail sebagai Razman
  5. Aida Khalida sebagai Ummi
  6. Maryam Annisa sebgai Lea
  7. Kiky Hannah sebagai Yaya
  8. Noniswara sebagai Tokma
  9. Azhar Amir sebagai Tokpa
  10. Faez Malek sebagai Dr Adam
Lagu OST/Tema : Jangan Lepas Tanganku nyanyian Sufi Rashid

Sinopsis Terima Kasih Cinta

Drama ini mengisahkan tentang pertemuan An dengan dua anak kecil Yaya dan adiknya Lea membawa pertelingkahan dan perselisihan faham antara dia dengan Harris Ibrahim. Lelaki bongkak dan sombong itu tidak perlukan pertolongan An untuk menjaga anak-anaknya. 

Malah Harris memberi amaran pada An untuk tidak lagi mengambil berat terhadap mereka. Tapi tidak bagi Yaya dan Lea. Anak kecil itu belum pandai untuk hidup berdikari. Mereka tetap mengharapkan belas kasihan dari An. 

Bagai menjilat ludah yang telah dihamburkan, Harris kembali menagih pertolongan dari ummi iaitu ibu saudara An, untuk menjaga kedua-dua orang anaknya itu tatkala dia bertugas pada waktu malam. 

Razman yang bakal mengahwini wanita pilihan keluarganya pula datang untuk menagih cinta lama dan mahu memperisterikan An. Razman bukan lagi cinta hatinya kerana lelaki itu tidak pernah berani mengotakan janjinya. 

Saat itulah Harris datang melamar dan mahu memperisterikan An demi anak-anaknya yang sudah menganggap An sebagai mommy mereka. Harris bukan lelaki idaman An, jauh sekali untuk dijadikan suami. 

Biarpun usia An sudah menginjak 33 tahun, tapi dia belum terdesak untuk menamatkan zaman bujangnya. Apakah akan jadi pada rumahtangga mereka jika kasih sayang tidak wujud di antara mereka? 

Mampukah kebahagiaan jadi miliknya jika kasih sayang An hanya datang dari Yaya dan Lea sahaja? Benar, cinta bukanlah segala-galanya. Tetapi penting dalam membina rumahtangga bahagia. Apakah cinta mampu dimilikinya, jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya? 

Apakah An sekadar dijadikan pengasuh dan penjaga ke dua orang anaknya? Nak tahu apakah kisah disebalik drama ini, jangan lupa tonton setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3.

Selamat menonton semua. ✌️

#DramaTV3
#TerimaKasihCintaTV3
#SlotAkasia