Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Asah Kemahiran Matematik Anak Dengan Mudah Melalui Board Games | Dulu masa sekolah rendah, menengah sampailah masuk universiti... Fiza tak pernah missed daripada belajar subjek Matematik. Paling susah subjek AddMath yang Fiza rasa adalah calculus. Sampaikan Fiza kena ulang paper tersebut di universiti. Alhamdulillah, second time ambik barulah lulus.

Sebenarnya, AddMath adalah subjek yang Fiza paling tak suka. Padahal ia merupakan antara subjek terpenting untuk dinilai. Tak tahulah kenapa. Di sekolah rendah Fiza minat sangat dengan Math. Masuk je sekolah Menengah, terus jadi benci... Sebab cara cikgu masa tu mengajar membuatkan Fiza jadi bosan. Bukan setakat Fiza je rasa benda yang sama. Tapi, hampir semua pelajar dalam kelas Fiza sependapat dengan Fiza. Masa tu tak ramai tau pelajar yang lulus subjek Matematik. Fiza dapat pun cukup-cukup makan je.

Masa Fiza sekolah rendah dan menengah, takde lagi gajet canggih dan internet masa tu. So, memang seperti katak bawah tempurung la jawabnya. Tak macam sekarang ni, tak minat Matematik pun... Akhirnya boleh jadi minat. Sebab apa, semua maklumat ada di hujung jari. 

Bukan hanya mengadap buku atau masuk kelas tuisyen semata-mata... Tak faham je, boleh cari tutorial cikgu di YouTube. Latihan tubi pun banyak di internet. Malah, sekarang ni... Main game pun boleh asah kemahiran pembelajaran anak-anak kita dengan mudah. Actually, terdapat pelbagai jenis games pendidikan ditawarkan secara atas talian. Ada yang berbayar dan ada jugak yang boleh di main secara percuma. Apa yang penting, kena pandai pilih permainan yang berfaedah untuk anak-anak. 

Board Games Sediakan Pelbagai Permainan Matematik Yang Menarik

Fiza suka bagi anak-anak Fiza bermain game online di board games, di mana ia memperkenalkan berpuluh jenis games Matematik online yang sangat menarik untuk anak-anak. Bukan anak-anak Fiza je yang suka main, anak-anak buah Fiza pun turut menyukainya. 

Educational games

Nur Ain, anak Fiza suka main permainan Math Test. Bagi Fiza, permainan ini sangat sesuai untuk anak-anak yang berada di tahap prasekolah, darjah satu, dua dan tiga. Permainan ini berasaskan kelajuan A/B, di mana satu jawapan yang salah automatik akan menamatkan permainan dan ianya terdiri daripada dua mod, iaitu :-
  1. Mod mudah akan menunjukkan persamaan penambahan.
  2. Manakala Mod susah pula akan melibatkan operasi penolakan, pendaraban dan pembahagian.
Bagi Fiza, permainan ini cukup bagus untuk menguji sejauh mana kepantasan dan penguasaan anak-anak bagi menyelesaikan soalan Matematik yang diberi. Bagi anak-anak yang masih lemah dalam operasi bahagi dan darab, bolehlah perkenalkan dorang dengan games ni. Pasti seronok. 

Seriously, anak-anak korang akan rasa tak puas bermain... Sebabnya, salah pilih jawapan... Terus game over dan start main semula. Fiza try jugak main, dan semakin laju menjawab dengan betul... Semakin banyak score yang dapat... Terus rasa tak nak berhenti bermain dah. Hahaha... Excited main benda ni lain macam dibuatnya. Pendek kata, inilah antara game yang boleh hilangkan stress tau. 

Contoh Game Matematik

Manakala Kak Alia pulak, dia suka main permainan True Number Operator. Permainan ini lebih kurang sama seperti permainan Math Test. Tetapi tahap permainannya lagi sukar. Pada Fiza permainan ini lebih sesuai dimain oleh anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun. Ini kerana ia melibatkan operasi tambah, tolak, bahagi dan darab dengan skala nombor yang lebih besar. Salah jawab, terus game over. 

Permainan ini bagi Fiza dapat meningkatkan lagi tahap fokus anak-anak untuk menyelesaikan soalan yang diberi. Function games pun mudah untuk difahami. Pendek kata, sesuai sangatlah untuk asah kemahiran Matematik anak-anak... lebih-lebih lagi buat mereka yang tengah menghafal sifir... Memang sangat-sangat membantu. 

Walaubagaimana pun, dalam memberi peluang anak-anak bermain games online ni, kena jugak hadkan masa bermain dorang bagi mengelakkan ketagihan gajet. So far, setakat ni anak-anak Fiza masih lagi under control. Dari kecik lagi Fiza dan encik suami dah disiplinkan mereka dengan jadual waktu. Jadi, kena ikut. 

Overall, apa yang Fiza suka tentang board games ni, bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis games pendidikan, malah setiap permainannya takde lansung gangguan iklan. Jadi, kita tak perlu download pun permainannya. Percuma pulak tu. 

Korang dah try board games ni?