Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Drama Selamanya Suri Cinta | Merupakan drama Melayu terbaru terbitan Suhan Movies & Trading yang mana telah mula ditayangkan di TV9 mulai 15 Julai 2022, setiap Khamis dan Jumaat pukul 9:30 malam. Drama lakonan Siti Nordiana, Sham Visa, dan Farahdhiya ini juga akan bersiaran selama 20 episod. Berikut info ringkas mengenai drama ini :-

Drama TV9

Selamanya Suri Cinta

Episod : 20
Tarikh Tayangan : 15 Julai 2022
Waktu Siaran : Khamis & Jumaat, 9:30 malam
Rangkaian : TV9 ( Astro 149, myFreeview 109, Tonton )
Penulis Skrip : Ramlah Rashid, Azilah Wahab, Eita Cardoba, Haslizawati Hassan
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pelakon : Siti Nordiana, Sham Visa, Farahdhiya, Fahrin Ahmad, Raja Azmi, Adriana Alyssa, Ziqri Mikhail, Aryan Adzrin dan Jesse Lim

Watak Pelakon

Kemudian, berikut adalah barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ni:-
  1. Siti Nordiana sebagai Wanda Nurhayati
  2. Sham Visa sebagai Fairuz
  3. Farahdhiya sebagai Maisarah
  4. Fahrin Ahmad sebagai Amirul
  5. Raja Azmi sebagai Hajah Noriah
  6. Adriana Alyssa sebagai Shazwani
  7. Ziqri Mikhail sebagai Shazli
  8. Aryan Adzrin sebagai Shazril

Sinopsis Selamanya Suri Cinta TV9 

Drama ini mengisahkan tentang Wanda dan Fairuz yang suka bersaing sejak zaman persekolahan sehinggalah ke alam perkahwinan. Mereka tidak mahu kalah dan sentiasa ingin menjadi ibu dan bapa terbaik. 

Sehinggalah, anak bongsu mereka iaitu Shazni menghidap Hemofilia dan Wanda terpaksa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan tertinggi di syarikat dan melepaskan impiannya dan kini dia menjadi suri rumah. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Penutup

Overall, drama ni menggandingkan beberapa artist yang mana pernah sama-sama menyertai gegar vaganza suatu masa dulu. Kiranya, geng-geng otai dah ni. Lama tak tengok dorang berlakon. Kan? Masih berbisa ke tak? Menarik ke tak, ada masa bolehlah tonton di TV9, setiap Khamis dan Jumaat pukul 9:30 malam. Okeh!

Selamat menonton semua.

#DramaTV9
#SelamanyaSuriCinta