Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Checkup Anak 2 Tahun Di Klinik Kesihatan Kerajaan Dan Perkembangannya | Bila tengok draft di dashboard, ternyata Fiza tak publish lagi tentang perkembangan Nur Dhia bila usianya genap 2 tahun. 

Alhamdulillah, bulan Mac 2022... Usia Nur Dhia dah pun genap 2 tahun. Akhirnya, Fiza berjaya menyusukan dia selama 2 tahun. Ni dah masuk 2 tahun 3 bulan... Tapi, masih lagi menyusu badan, macam-macam dah cara Fiza try and error untuk bagi dia stop menyusu. Masih lagi gagal! 😂

Informasi

Dulu masa kakak dia, takde pulak masalah untuk stop menyusu. Paling lewat pun setahun 2 bulan. 

Ada idea tak nak buat macam mana? Nanti komen ye, mana tau boleh membantu. 🤭

Checkup 2 Tahun

Berbalik kepada point utama... Tanggal 21 March 2022... Seperti kebiasaan, encik suami akan temankan kami berdua ke KK Kerajaan untuk checkup. Tak jauh pun dari rumah. Lebih kurang 5 minit drive, dah sampai klinik.

Kami pergi sebelah petang, sebab sebelah petang tak ramai orang. Kemudian, pergi pun lepas Nur Dhia bangun dari tidur. So, takdelah dia nak meragam ke apa. Yelah! Makan, tidur semua dah cukup... So, seronoklah dapat keluar rumah. Kan!

Sampai klinik, orang tak ramai. Jadi, takdelah menunggu lama. So far, berat dan tinggi Nur Dhia ok je. Kemudian, untuk vaksinasi... Dah lengkap semuanya. So, takde yang tertinggal. Lepas ni, datang untuk checkup 6 bulan sekali jela. Mean, 2 tahun 6 bulan nanti... Barulah checkup balik. Evaluation untuk perkembangan pun takde masalah. So far so good. Then, sebelum balik... Nurse bekalkan 2 tablet ubat cacing Champs perisa coklat. Makan sekaligus sebelah malam, selepas waktu makan. 

Perkembangan Anak 2 Tahun

Tu kisah checkup. Kemudian, Fiza nak share la jugak perkembangan kanak-kanak berusia 2 tahun 3 bulan based on apa yang Fiza perhatikan pada Nur Dhia di sini sebagai kenang-kenangan.

1. Sangat Aktif

Sekarang ni Nur Dhia sangat aktif. Panjat sana, panjat sini. Selagi tak tidur selagi tula dia merayap mencari barang apa yang hendak diselongkarkan. Kekadang tu Tupperware, pinggan mangkuk... Sudu, garpu... Semua dia buat main. Pendek kata, dari pagi sampaila ke malam... Kerja engkau tak habis-habis mengemas je memanjang. Kena bertabahla yeah! 🥴 

Informasi

2. Suka Menari Dan Menyanyi

Selepas tu, Part ni paling best... Dengar je lagu Didi & Friends kat tv, dia juga akan turut sama menari. Gelek-gelek depan tv. Pendek kata, sekarang ni dia dalam fasa suka mengajuk. Apa orang lain buat, dia pun akan sama buat. Sangat menghiburkan. Tapi kena beringat, dalam fasa nila dia suka mengikut apa sahaja perilaku orang dewasa. Begitu jugak dalam tutur kata. Apa yang kita cakap, dia akan cuba sebut jugak. So far, bercakap pun dah petah. Banyak perkataan yang dia mampu sebut dengan betul dan jelas.

3. Pandai Beremosi

Sekarang ni jugak Nur Dhia dah pandai beremosi. Bila tak dapat apa yang dia nak, mula la merajuk peluk tubuh. Kekadang, melihatkan keletah dia merajuk... Membuatkan dua orang kakaknya semakin suka mengusik.

4. Hafal Nama Orang Sekeliling

Lately, Nur Dhia sudah pandai membezakan objek dan jugak hafal nama orang sekeliling. Bila kita tunjuk tu siapa, mana kak Alia, mana kak Ain, mana atuk, mana Iky ( Sepupu Nur Dhia ). Automatic dia akan tunjuk. Kenal sangat dah dengan family members Fiza. So far, takde masalah untuk dia mengenali siapa atuk, siapa nenek. Malah, sepupu-sepupu dia pun... Dia tahu dah nak jawab, nama siapa bila kita tanya. 

5. Kemahiran Motor Halus

Part menulis pulak, cara pegang pensil dah betul. Then, sekarang ni dia dah pandai melukis bulatan dan segi empat tanpa bantuan. Kebiasaannya, dalam fasa nilah anak-anak memang suka menconteng. Apa yang Fiza buat, tiap kali dia bawak pensil atau warna... Cepat-cepat Fiza akan sediakan kertas. Alhamdulillah, bila dah terbiasa... Automatic dia akan mintak kertas dengan Fiza, tiap kali bila nak menulis. So far, setakat ni tak banyak la contengan di dinding... Sebab dia dah faham dah apa yang kita cakap.

Informasi
Selain Menulis, Menyusun penyepit baju jugak adalah antara aktiviti lain yang sangat digemari oleh Nur Dhia

6. Kemahiran Sosial

Last sekali, part sosial. Walaupun lahir dan membesar pada tahun Malaysia mengalami wabak covid-19... Alhamdulillah, Nur Dhia boleh bermain dengan kanak-kanak lain. Jumpa Sepupu sepapat je, dia dah tak hairan dah dengan kita. Kalau boleh tak nak balik.

Penutup

Demikianlah sedikit sebanyak cerita peribadi Fiza tentang 6 perkembangan utama anak bongsu kami yang kini berusia 2 tahun 3 bulan. Semoga Nur Dhia membesar sebagai umat yang solehah dan beriman pada Allah hendaknya. Aamiin...

#PerkembanganAnak
#DuaTahunTigaBulan