Drama Sayang Tak Dikenang | Merupakan drama adaptasi novel karya Wazrul Shah yang mana akan mengisi slot Akasia TV3 bagi menggantikan drama 3 Nota Cinta.
 
Drama ini akan menampilkan gandingan utama Fadlan Hazim dan Ruhainies. Kemudian, Drama ini juga akan bersiaran selama 28 episod dari terbitan FJ Pictures dan dibawah arahan Feroz Kader. 

Akasia Terbaru

Watak Pelakon

Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini adalah seperti berikut :-

Fadlan Hazim sebagai Raqib Tafzani
Ruhainies sebagai Ayu Izhani
Ezzanie Jasny sebagai Hattin Isabella
Syafnida Shuhaimi sebagai Camelia
Andy Teh sebagai Erick
Sera Melissa sebagai Amalin
Riz Amin sebagai Omar
Meor Mohd sebagai Aakif
Mimie Amirah sebagai Nazneen
Jasmine Ashraff sebagai Asmidar
Kak Girl sebagai Roslaini

Sinopsis Sayang Tak Dikenang

Sayang tak dikenang mengisahkan tentang satu pertemuan yang tidak disengajakan sewaktu pesta buku di PWTC telah menemukan Ayu Izzhani dan Raqib. Tidak semena-mena Ayu menjadi tunang sementara Raqib ketika lelaki itu diserang oleh Camelia.
 
Namun pada saat Ayu berjumpa dengan tunangannya itu, sahabat sejatinya, Hattin juga bertemu dengan pilihan hati, Tafzani setelah hampir beberapa tahun hati Hattin tidak dihuni gara-gara peristiwa hitam yang membuatkan hatinya bernanah.
 
Musim bunga mula mekar dalam hati Hattin. Namun langit tidak selalunya cerah. Ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan episod kebahagiaan dua sahabat ini berubah kepada suatu peristiwa yang penuh duka dan tragis.
 
Pada masa yang sama, Erick yang selama ini menyukai Ayu Izzhani datang menagih janji dan Raqib yang disayangi Ayu Izzhani mula membuat onar. Sementara Tafzani pula seakan-akan mempunyai agenda yang tersembunyi sehingga menyebabkan renggangnya hubungan persahabatan di antara Ayu Izzhani dan Hattin. 
 
Bertahankah hubungan persahabatan itu? Dan apakah sebenarnya yang disembunyikan oleh Tafzani? Nak tahu apakah yang berlaku, nantikan kemunculannya selepas tamat drama 3 Nota Cinta, yang mana akan mula ditayangkan pada 4 Mac 2022, di tv3 dalam slot akasia, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
 
Selamat menonton semua.
 
#AkasiaTV3
#SayangTakDikenang