Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Panduan Untuk Membeli Rumah Pertama Bagi Golongan Muda | Sudah menjadi lumrah kehidupan yang mana bila kita dah dapat kerja tetap, mesti kita akan merancang untuk membeli kereta dan jugak rumah. Betul tak?

Jadi, entri kali ni Fiza nak berkongsi sedikit tentang pembelian rumah pertama terutamanya di kalangan anak muda. 

Zaman sekarang ni ramai anak muda sudah pun memiliki rumah sendiri. Bagi Fiza, lagi cepat kita beli rumah lagi bagus. Lagi-lagi masa pendemik ni, difahamkan harga rumah turut menurun. Jadi, masa nilah kita kena rebut peluang yang ada. Tak kiralah, nak beli rumah tu di negara sendiri ke ataupun diluar negara. 

Walaubagaimana pun, terdapat beberapa perkara yang perlu kita nilaikan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk membeli rumah. 

Jadi! Di sini Fiza nak kongsikan beberapa langkah membeli rumah atas tujuan untuk duduk. Maksudnya, beli rumah atas sebab nak terus tinggal di rumah tersebut dan bukannya untuk disewa atau sekadar untuk menambah aset.

Beberapa Langkah Utama Yang Perlu Difikirkan Untuk Membeli Rumah

Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah mengenai kemampuan. Apa yang penting, kita kena semak kewangan dan perbelanjaan terkini yang kita ada. Jadi, kena main kira-kiralah terlebih dahulu untuk memastikan adakah cukup atau tidak gaji kita tu nanti untuk bayar bulan-bulan.

Actually, terdapat banyak aplikasi atau laman yang menawarkan cara pengiraan harga rumah yang bersesuaian dengan gaji yang kita miliki. Fiza suka tengok cara pengiraan pembelian rumah di laman mortgagecalculator.ukdi mana dalam kalkulator tu ada menyatakan harga rumah, bilangan tahun sampailah jumlah harga yang perlu kita bayar termasuk dengan bunga sekali. Contohnya seperti di bawah :-

Pemberian rumah

Kemudian, langkah kedua pulak adalah berkaitan dengan tempat kerja. Pada Fiza, kalau boleh beli rumah biarlah berdekatan dengan tempat kerja. Ini kerana, ianya bukan sahaja menjimatkan masa untuk ulang-alik pergi kerja. Tapi, dalam masa yang sama ia jugak membantu mengurangkan kos untuk membeli minyak kereta. Al-maklumlah, bila komitmen bertambah kenalah jugak cut off perbelanjaan yang lain supaya nanti perbelanjaan kita tidak melebihi gaji. Tak nak lah, disebabkan beli rumah kita terpaksa ikat perut dan berhutang. Betul tak?

Seterusnya, perkara yang perlu difikirkan jugak sebelum membeli rumah adalah dengan membuat sedikit kajian mengenai kawasan rumah yang kita pilih. Seelok-eloknya, biarlah rumah tersebut berdekatan dengan balai polis, hospital dan sekolah. Kena jugak fikirkan untuk jangka panjang. Lagi-lagi bila kita masih bujang dan fikir untuk berumahtangga. Nanti bila dah ada anak, senang nak hantar anak ke sekolah, tak jauh. Bila ada kecemasan berkaitan dengan kesihatan, takdelah nak hadap kesesakan jalan memanjang. Kena fikir jugak semua tu sebelum nak beli rumah. Nanti takdelah bergaduh suami isteri pasal semua tu. Kan?

Selain tu kena jugak pastikan adakah kawasan yang dipilih pernah mengalami banjir. Berdekatan tak dengan tempat untuk berbelanja barang rumah. Semua tu antara lain yang perlu dikaji sebelum kita mengambil keputusan untuk membeli rumah. Bila dah puas hati barulah boleh teruskan dengan langkah seterusnya, iaitu mencari peguam hartanah. Kenapa nak kena cari peguam bagai?

Walaupun ianya TIDAK WAJIB, tapi ia sangat membantu terutamanya apabila melibatkan urus niaga bernilai ratus ribu ringgit. Actually, terdapat beberapa perkara yang boleh peguam bantu nanti. Antaranya membantu untuk memahami proses yang terlibat dalam pembelian rumah seperti berkaitan dengan proses pembelian dan segala dokumen yang akan digunapakai.

Bila semuanya dah ok, bolehla cuba untuk membuat permohonan pinjaman perumahan. Jika berjaya dan selesai menandatangan perjanjian jual beli, maka akan bermulalah tugas kita untuk bayar bulan-bulan.

Kemudian, tugas kita seterusnya kenalah sekali sekala untuk melawat tapak pembinaan. Tengok perkembangan rumah korang. Kalau ada apa-apa yang tak sama dengan perjanjian jual beli. Contohnya keluasan tanah/unit, bahan yang digunakan, malah kalau pembinaan lambat sekalipun kita boleh bangkitkan dengan pihak pemaju.

That it's antara lain proses yang terlibat dalam pembelian rumah.

Rumusan

Apa-apa pun, sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah. Perkara paling penting adalah kena kira pendapatan kita terlebih dahulu. Adakah kita mampu untuk membeli rumah dengan gaji yang kita miliki. Macam mana nak kira? Terdapat banyak laman web yang menyediakan kemudahan untuk pengiraan harga rumah, bunga yang perlu dibayar mengikut harga rumah yang kita pilih sehinggalah bilangan tahun yang kita kena bayar. Semuanya akan dinyatakan. Contohnya di Estimating Mortgage Affordability Based On Income.

Pada Fiza, lebih baik beli rumah awal sekiranya berkemampuan. Yelah! Duit akan habis. Tapi, rumah tetap kekal milik kita. Walaupun pada awalnya agak sakit, tapi bila setiap tahun ada kenaikan gaji. In Shaa Allah, semuanya akan berbalik seperti sebelumnya. Pendek kata, kena pandai membuat perancangan untuk masa depan.

Semoga apa yang Fiza kongsikan akan memberi manfaat buat semua. Terima kasih sudi baca.