Assalamualaikum,
Selamat malam.

Life Lila | Merupakan drama bersiri 13 episod yang akan bersiaran menerusi slot Lestary TV3 bagi menggantikan drama 28 hari mencari cinta.

Drama yang diterbitkan oleh Mermaid Studios dibawah arahan Liyana Jasmay bakal menampilkan lakonan Shasha Abedul, Aniq Suhair, Siti Hariesa dan Nia Atasha. Life Lila bersiaran mulai 21 Januari 2022, setiap Isnin hingga Rabu jam 9 malam di TV3 dan Disney+ Hotstar.

Lestary TV3

Watak Pelakon

Berikut adalah barisan para pelakon dan watak yang mereka bawa dalam Life Lila, antaranya :-

Shasha Abedul sebagai Lila
Aniq Suhair sebagai Zack
Nia Atasha sebagai Bibi
Siti Hariesa sebagai Aina
Nik Rifa'ie sebagai Jeff
Dilla Ahmad sebagai Julia
Dhuha Mansor sebagai Udin

Sinopsis Life Lila

Drama tersebut mengisahkan tentang seorang gadis bernama Lila, seorang influencer di media sosial yang sangat berbakat dalam bidang kosmetik namun dia tidak serius dalam pekerjaannya.

Setelah kehilangan segalanya dalam masa satu hari,  Lila memilih untuk berbohong tentang hidupnya, sehinggalah dia lemas dalam helahnya sendiri.

OST Drama

Tajuk : Alamak
Penyanyi : Sophia Liana & Harith Zazman
Komposer : Sophia Liana, Harith Zazman, Mas Dewanggan, Jova Devito, Aden King
Penulis Lirik : Sophia Liana, Harith Zazman, Mas Dewanggan, Jova Devito, Aden King

That it's sedikit info mengenai drama terbaru di slot Lestary berjudul Life Lila. Actually, malam ni dah start right. Disebabkan penangan booster dose... Mengantuk sangat. Fiza tak berkesempatan pun nak tengok.

Daripada barisan pelakon, nampaknya ramai muka-muka baru. Kan?

Pada yang dah layan first episode, best tak?

#DramaTV3
#SlotLestary
#LifeLila