Assalamualaikum,
Selamat Petang.
 
Breastfeeding atau dalam bahasa melayunya menyusu badan. Nur Dhia bulan ni dah pun masuk setahun 9 bulan. Dia masih lagi berpeluang untuk teruskan breastfeeding. Syukur di atas rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah...

Pengalaman
 
Sebenarnya, banyak onak dan duri yang perlu dilalui untuk menjayakan misi penyusuan badan ni sebenarnya. Kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Pernah jiran ajukan soalan kepada Fiza... 
 
Masih lagi menyusu badan ke? Umur dah setahun lebih, kenapa tak bagi susu tepung je? Tak menyusahkan ke nak kena kemas rumah lagi. Buat itu ini...
 
Fiza tak tahu nak jawab apa. Hanya mampu tersenyum je. 
 
Begitulah antara mentaliti orang mengenai menyusu badan. Bila menyusu badan, kerja rumah tak jalan. 

Perkara Yang Perlu Dikorbankan Bila Memilih Untuk Menyusukan Anak

Ya! Tak dinafikan, bila anak menyusu badan ni... Banyak perkara yang perlu kita korbankan, lagi-lagi anak directfeeding seperti Nur Dhia. Bila dia datang, tarik kaki kita dengan muka kesian. Di mulut tak habis-habis menyebut nak 'nonon'... Fiza kena stop semua kerja waktu tu. Tak kirala, tengah sidai baju ke, menyapu sampah ke atau memasak sekali pun. Korang mesti dapat bayangkan apa yang Fiza lalui. Kan? 
 
Namun, kerana pendirian dan anjuran dalam Islam sepertimana dinyatakan di dalam surah Al-Baqarah ayat 233....

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya...”.

Fiza ambik peluang itu selagi terdaya.
 
Bila breastfeeding ni... Takde istilah nak berdiet dalam kamus hidup engkau. Lapar adalah perkara lumrah bila anak asyik nak menyusu. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah... Berat Fiza still maintain 51Kg walaupun anak masih lagi breastfeeding. Kunci dia, kena banyak makan makanan berkhasiat. Hidup kena enjoy. Air adalah paling penting. For me, minumlah bila terasa haus. Kurma dan holick menjadi sajian utama. The most important thing, tolak jauh-jauh stress... In Shaa Allah, rezeki susu tetap ada. Doakan Fiza yea semoga perjalanan breastfeeding Nur Dhia berjaya hendaknya. Aamiin... 
 
Selain tu jugak, breastfeeding ni kena mendapat sokongan dari orang sekeliling kita terutamanya suami. Kena ada kata sepakat bila memilih untuk menyusukan anak. Yelah! Seperti yang Fiza telah nyatakan dalam perenggan sebelum ni... Bila anak dah mintak untuk disusukan, jangan haraplah nak buat kerja lain. So, kat situ suami kenalah mainkan peranan. Tolong apa yang patut. Kalau tak boleh nak tolong pun, janganlah nak membebel bila tengok rumah masih bersepah, pakaian tak disidai lagi, masak pun belum. Itu pun dah cukup meringankan bebanan si isteri. Tapi, setakat ni Fiza tak pernah lagi tak masak, kemas rumah dan sebagainya. Cuma, makan tengahari drag sampai pukul 1 tu adala... Hehe.


Maklumat

Kelebihan Breastfeeding

Hakikatnya, ada banyak lagi perkara yang perlu kita korbankan... Bila mana kita memilih untuk menyusukan anak. Betul tak? Semuanya tentang PILIHAN dan PENDIRIAN. Walaubagaimana pun, suka Fiza nak kongsikan jugak kelebihan bila mana kita memilih untuk menyusukan anak ni. Antaranya :-

1. Menjimatkan Bajet

Yeah! Itu point utama kenapa Fiza pilih untuk menyusukan anak. At least boleh bantu encik suami dari segi kewangan. Sepertimana yang kita sedia maklum, susu formula mempunyai harga yang berbeza berdasarkan jenama dan umur bayi.

Susu formula untuk bayi di usia muda lebih mahal berbanding bayi lebih besar. Purata harga setin susu formula untuk bayi baru lahir hinggalah umur setahun ialah sebanyak RM2,400. 

Tidak dapat dinafikan lagi, penyusuan badan dapat menjimatkan wang kita dengan banyak.

2. Menyusu Badan Bakar Kalori

Kemudian, Penyusuan badan juga dapat membantu ibu-ibu menurunkan berat badan dengan lebih cepat selepas kelahiran. 

Tahukah korang, badan kita menggunakan 1000 kalori sehari untuk menghasilkan susu ibu. Selepas kelahiran, kita  sepatutnya mengambil sekitar 500 kalori sehari. Untuk mendapatkan kalori yang mencukupi bagi penghasilan susu, badan kita akan menggunakan kalori yang terhimpun sewaktu kehamilan.

Hasilnya, kita akan kehilangan berat badan dengan lebih mudah. Seronok kan. Hanya dengan menyusukan anak je, kita boleh turunkan berat badan dengan mudah.

3. Mengurangkan Risiko Kanser

Seterusnya, Penyusuan badan juga dapat mengurangkan risiko kanser ovari, kanser payudara, penyakit jantung dan osteoporosis.

Semakin lama kita menyusukan anak, semakin tinggi manfaatnya. Bahkan wanita yang menyusu badan selama 8 tahun mempunyai hampir 0% risiko kanser payudara.

Menurut beberapa laman yang menyokong breastfeeding, Jika bayi korang perempuan, penyusuan badan sebenarnya dapat mengurangkan risiko seumur hidup kanser payudara dalam anak kita sebanyak 25%.

4. Menggalakkan Pemulihan Selepas Bersalin

Kemudian, penyusuan badan juga dapat membantu si ibu sembuh dengan lebih cepat sewaktu berpantang.

Uterus kita akan mengecut dengan lebih cepat untuk memgawal pendarahan dan kembali kepada saiz sebelum kehamilan.

Kita akan mengalami kekejangan abdomen sewaktu uterus mengecut kepada saiznya yang asal dan kembali kepada tempatnya dalam pelvis.

Penyusuan badan mempercepatkan proses ini, dengan pengecutan uterus dengan lebih cepat di samping pemulihan saluran darah yang terdedah pada tempat plasenta terpisah daripada uterus. 

5. Mengeratkan Lagi Hubungan Si Ibu Dan Anak

Para ibu dan bayi juga dapat mengeratkan hubungan melalui penyusuan badan. Keakraban dan keselesaan yang dirasai sewaktu penyusuan mengukuhkan lagi hubungan dengan bayi kita.

Perhubungan awal inilah yang mendasari hubungan ibu-anak yang kukuh, dan penuh kasih sayang.

Itu antara 5 manfaat yang akan kita perolehi di sebalik menyusukan anak. Wallahu'alam.
 
Apa-apa pun...

Jangan Menjatuhkan Hukum Kepada Ibu Yang Tidak Mampu Untuk Menyusukan Anak

Bagi Fiza, breastfeeding adalah antara perkara yang sensitif untuk diperkatakan. Lately, Fiza ada jugak baca status orang share di Facebook berkaitan dengan breastfeeding ni. Di mana ada yang mampu menyusukan anak, sepertinya bangga dan dalam masa yang sama kata-katanya umpama memerli ibu-ibu yang tak mampu menyusukan anak. 
 
So, nak dijadikan cerita... Bermacam-macamlah pandangan telah para ibu lontarkan di status tersebut. Banyak yang berbaur negatif daripada yang positif. Tak perlula Fiza nak print screen ye untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Cukuplah Fiza terangkan... 

Pada Fiza, Masing-masing ada hak untuk memilih. Tak perlula kita nak pertikaikan pilihan yang orang lain telah buat. Fiza percaya, setiap ibu pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak selagi terdaya. Kan?
 
Tak perlu la kita nak hentam orang lain. Kalau tak tahu nak cakap apa, lebih baik berdiam diri. Betul tak?

Kesimpulannya

Semuanya tentang PILIHAN. Bila kita dah memilih untuk menyusukan anak, bermakna kita dah bersedia untuk melalui ragam anak sepanjang 2 tahun penyusuan. Bukan mudah sebenarnya ia. 

#Breastfeeding
#PenyusuanBayi