Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Sekadar untuk berkongsi info. Kepada penonton yang memilih untuk menonton drama di TV2. Nantikan telefilem 'Aisya dan Bella' pada malam ini, Isnin (29 Oktober 2021) jam 9 malam di TV2.

Drama arahan Hasnul Suhani ini juga turut menampilkan para pelakon seperti Jasper Supayah, Shiqin Kamal, Zarina Zainuddin, Watie Sadali, Nadzmi Adhwa, Aras Mohd, Shamsul Ghau Ghau dan Fir Ahmad.

Drama TV2 9 Malam

Sinopsis Aisya dan Bella

Ceritanya bermula dengan watak Aisya dan Bella walaupun karekter mereka berbeza namun mereka tetap berkawan baik. Tamat SPM, mereka berpisah kerana menyambung pengajian. Aisya mengambil bidang kedoktoran di luar negara sementara Bella berkerja sebagai model. Kedua mereka berjanji untuk pulang ke kampung halaman mereka.

Kepulangan mereka memang dinantikan Rokiah dan Husna yang mana mereka berdua ini tidak pernah berbaik. Rokiah, ibu kepada Isa dan Aisya, merupakan suri rumah sepenuh masa manakala Husna, ibu kepada Bella pula meniaga produk kecantikan, dan memang dikenali di kampung tersebut. Mereka tidak sabar untuk ‘menunjuk’ kepada orang kampung akan anak masing-masing yang sudah besar.

Tanpa merancang atau diberitahu terlebih awal, kedua mereka pulang dengan berita gembira. Kedua mereka hendak dipinang oleh keluarga teman lelaki masing-masing. Ketika itu Rokiah dan Husna mula merancangan majlis yang paling meriah untuk anak masing-masing.

Bella baru bercinta dengan pemilik agensi model, Dato Paduka Kassim yang jauh lebih berusia. Pertama kali jumpa dengan tunang Bella, Aisya berasa tidak senang kerana perbezaan umur tersebut. Namun Bella yakinkan bahawa, Duitnya tidak pelik dan menyakinkan. Aisya pula bertunang dengan seorang bakal peguam, bernama Khalifah Dani.

Tarikh ditetapkan oleh kedua keluarga, dan ianya jatuh pada minggu yang berlainan, dan hal itu sangat melegakan Aisya dan Bella.  Tetapi urusan Tok Kadi dan dewan pula jadi penghalang. Mahu atau tidak kekosongan tarikh untuk bernikah di kampung itu bakal mengubah segalanya, apabila diberitahu hanya ada kekosongan pada tarikh sama. 

Dengan tarikh majlis yang kurang 3 bulan untuk berlangsung, bermulalah perang antara Rokiah dan Husna bagi memastikan majlis anak mereka yang paling meriah. Sikap Husna yang lebih tenang mula menjadi garang selepas dia mendapat tahu yang Rokiah telah merampas jurusolek yang sudah pun ditempah, dan Husna juga mula mengatur rancangan untuk mensabotaj majlis Rokiah.

Hal ini seolah-olah kian menjadi-jadi apabila Rokiah pula telah ‘membayar’ tukang jahit baju kahwin Bella untuk mengecilkan saiz baju kahwin Bella. Husna sebelum ini tidak pernah mengenakan Bella, juga naik geram dengan kejadian tersebut menyebabkan dia juga sabotaj Isa.

Sepanjang semua kegilaan ini berlangsung, persahabatan Aisya dan Bella juga menjadi renggang kerana mahu mempertahankan ibu masing-masing, dan Aisya yang sebelum ini lebih tenang juga mula menunjukkan belangnya. Hal itu tidak begitu disukai oleh tunangnya, Khalifah Dani. Bapa Aisya terpaksa masuk campur, dengan mengingatkan kenapa mereka berdua bergaduh, iaitu disebabkan dirinya.

Terbongkar rahsia punca perkahwinan Zainal dengan Rokiah atas kemahuan keluarga semasa dia bercinta dengan Husna, dan hal itu menyebabkan kedua mereka bermasam muka. Zainal memberi kata dua kepada Rokiah jika dia mahu teruskan semua sabotaj, dia akan menunda perkahwinan anaknya. Akhirnya kedua mereka terpaksalah berbaik semula.

Bella yang selama ini difikir berkahwin hanya sebab duit, mulai benar-benar jatuh cinta dengan Dato Paduka Kassim atas kesabarannya dan juga betapa dia bijak memujuk Bella, dan hubungan mereka kian rapat dan intim. Namun sesuatu pula menimpa Aisya dalam perkahwinannya. Dia diserang isteri Khalifah Dani yang sebenarnya suami orang. Lalu apakah kesudahannya? Siapa pula Imran lelaki kacak yang muncul di penghujung cerita?

Nak tahu kesudahannya, kenalah tunggu masa tayangannya nanti pada malam ini, di TV2 Jam 9 malam.

Selamat menonton yeah!

#DramaTV2
#AisyaDanBella

Rujukan :
https://www.rtm.gov.my/index.php/pengguna/awam/siaran-media/4970-siaran-media-aisya-bella