UPGRADE TEMPLATE BLOG DARI PERCUMA KEPADA PREMIUM | Blog masih lagi dalam mood pengubahsuaian. Jadi, minta maafla yea sebab mungkin Fiza akan lambat balas kunjungan korang. Secara jujurnya dari mula-mula buat blog sampailah sekarang, Fiza tak pernah lagi beli template untuk blog. Sebaliknya, Fiza guna yang free download je.
Kali terakhir Fiza tukar template adalah pada tahun 2019... Actually, Fiza guna Haster blogger template dari gooyaabitemplates. Hampir 3 tahun dah guna, Fiza jadi jatuh cinta dengan template ni bila blog boleh capai pageviews 1000 ke atas sehari.
Memandangkan dah lama guna dan sesuai pulak dengan citarasa, why not Fiza kekalkan je kan. Cumanya perlu upgrade kepada premium. Tak mahal pun, 10 USD sahaja.
Alhamdulillah, tanggal 28 September 2021... Fiza terpengaruh jugak akhirnya untuk membeli template haster ni.
Kelebihan Template Haster
Di sini Fiza nak nyatakan jugaklah sedikit pandangan Fiza mengenai template Haster ni setelah hampir 3 tahun menggunakannya.
Pertama, ia sangat simple. Walaupun simple, ia tampil dengan apa yang Fiza mahukan di mana ia merupakan responsive template. Senang cerita, tampilannya tetap sama walaupun pelayarnya mungkin menggunakan peranti dan browser yang berbeza.
Kedua, fast loading and SEO ready. Sejauh mana loading ni bergantung kepada kelajuan internet jugak sebenarnya. Tapi, setakat harini so far template haster takdelah masalah sangat. So far so good. Korang bolehla komen nanti yeah, laju ke tak blog Fiza ni? 🤭. Part SEO Fiza tak pakar sangat. Kiranya bonuslah kalau dah ada dalam template lah kan. Hehe. Apa yang pasti, Fiza sangat berpuas hati dengan template ni. Simple and minimalis.
Kemudian, template ni jugak sesuai untuk penulisan blog yang melibatkan niche seperti personal, travel, foods, movie, resepi dan lain-lain. Jadi, bermakna sesuai sangatlah dengan niche blog Fiza yang mempunyai pelbagai blogpost dalam satu blog. Diharap kekallah template ni hendaknya. Kan?
Nak upgrade, kenalah beli secara online di laman gooyaabitemplates. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit, kad debit atau akaun Paypal. Disebabkan tak nak guna kad kredit encik suami, Fiza try aktifkan kad debit CIMB Fiza secara online.
First time ye Fiza aktifkan kad debit. Tolong jangan gelak eh! Hehe... Orang lain dah lama guna kad debit. Fiza pulak, kalau tak kerana nak membeli template ni... Rasanya memang tak terfikir pun nak aktifkan kad debit. Lebih suka bawa cash sebenarnya.
Alhamdulillah, dengan bantuan tutorial sishawa, Fiza berjaya aktifkan kad debit CIMB dengan mudah secara atas talian. Alhamdulillah, transaksi pembelian template berjaya dilakukan. Selepas pembayaran selesai, admin akan hantar template dalam satu folder .zip ke email kita. Lepas tu bolehlah start upload fail .xml ke bahagian theme di dashboard blogger. Dah selesai.
So far setakat ni pageviews ok, takde pulak jatuh setelah upgrade template. Diharap berpanjanganlah hendaknya. Kan? Sudi-sudilah bagi pandangan yer... Kot-kot page lambat loading ke?
Alhamdulillah...
9 Comments
Wah menarikkkk, saya baru tukar template pun , memang tetiba naik mendadak viewww
ReplyDeleteO yeke Nadia. Blog Fiza takdela mendadak naik. Naik pun sikit je. Maybe disebabkan template sama kot, cuma upgrade dari free ke premium je.
DeleteDoakan saya direzekikan Allah untuk tukar template juga ya. Aamiin :)
ReplyDeleteMudah-mudahan hendaknya. Aamiin...
DeleteCantik!
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteAmmi pun haritu berminat dgn Haster ni.. Tp kesudahannya ambik yg lain
ReplyDeleteYe ke Ammi. Fiza dah lama guna template ni. 3 tahun dah. Tetiba pulak rasa nak upgrade ke premium. So, footer dia dah takde jadi boleh bubuh nama blog kita je..
DeleteLaju je
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.