Assalamualaikum 🖤,
Lagi pasal drama. Hehe... Sabar yeah!Kesinambungan daripada episod 1. Dalam episod 2 The Hotel 2, Umaira cuba menghubungi Umar untuk memberitahu berita kematian Akash. Namun, usahanya gagal. 

Sebaliknya, dia terserempak dengan Dr. Firhani. Mereka masing-masing menyatakan pendapat tentang kematian Akash. Umaira berpendapat kematian Akash mungkin berkaitan dengan kegiatan menjual dadah. Ada logiknya jugak sebab Akash pernah memberitahu Umar yang dia mahu berubah dan berhenti daripada kegiatan tersebut. 

Dari sudut lain pulak, Cik Tania memanggil semua staff. Dia nak rondaan di sekitar hotel perlu dipertingkatkan dan dia jugak mahu semua staff kerja double shift. Agak tegasla watak Cik Tania dalam ni. Kemudian, ketua pengawal jugak turut dipecat kerana kononnya tak produktif.

Megadrama Terbaru
Sumber dari Instagram Bambam_Studios

Kemudian, di scene lain pulak... Dr. Firhani breakfast dan sekali lagi Adry mendatanginya. Nampak seperti disengajakan. Kan? Adry mengajak Dr. Firhani lepak di sebuah kedai. Di mana menurutnya coffee kat situ sedap. Dr. Firhani pulak, dengan senang hati terus bersetuju. Macam-macam yang mereka bualkan.

Manakala Jamal pulak berjumpa dengan anaknya Umaira. Dia bimbang Umaira tinggal sorang diri, lebih-lebih lagi bila kes kematian kembali menghantui hotel tempat mereka tinggal. Jamal tidak bersetuju dengan Umaira yang mahu berkahwin dengan Umar. Bila dah tak sependapat, Jamal terus keluar. Di luar pulak, Jamal bergaduh dengan Julia. Dia tak nak Julia berjumpa dengan Adry lagi. Disebabkan marah, Julia berlalu pergi meninggalkan Jamal.

Kemudian, Jamal berjumpa dengan Umar. Dia marahkan Umar. Dia tak nak Umar berkahwin dengan Umaira. Gelagat mereka diperhatikan oleh Sulaiman iaitu penyiasat kes kematian Akash. Sebaik sahaja Jamal melihat Sulaiman, dia terus keluar. Manakala Umar pulak menyerahkan bahan bukti yang Akash menyeludup masuk barang terlarang di kedai mereka kepada Sulaiman.

Scene paling last, Adry menyuntik sesuatu dilengannya. Adakah Adry mempunyai penyakit? Kemudian, seseorang telah memasuki kediaman Dr. Firhani. Siapakah orang tersebut. Yang pasti berdasarkan pemerhatian Fiza, orang tersebut bukanlah Haziq.

Macam Adry pun ada... Ke Dr. Firhani sendiri yang cuba-cuba mereka cerita. Orang Psiko memang pandai merancang. Kan?

Pendapat Peribadi Untuk Episod 2, The Hotel 2

Kalau betul la, orang lain boleh masuk. Itu bermakna sistem keselamatan hotel tersebut tersangatlah teruk. Memang tak logik la. Apa-apa pun kita tengok next weeks pulak, apakah permainan yang dirancang oleh Dr.Firhani. Macam dialah mastermind dalam The Hotel 2 ni... Yelah! Saen mungkin pernah ceritakan tentang Umar, Umaira dan persekitaran hotel tersebut. So senangla dia nak rancang dan gunakan Umar dan Umaira dalam kerja-kerja dia.

Phewww... Gila la drama ni, buatkan Fiza tertanya-tanya. Jarang tau sebenarnya Fiza nak ambik port sangat pasal drama. Tapi kali ni, siap buat andaian. Hahaha...

#JiwaYangKauPuja
#MegadramaAstroRia