Pendapat Peribadi Tentang Dutch Lady Juicy Milk Orange, Sedap Tak?

Assalamualaikum.
Selamat Malam.

Pendapat Peribadi Tentang Dutch Lady Juicy Milk Orange | Alhamdulillah di atas ruang dan peluang yang ada untuk Fiza terus kongsikan sesuatu yang bermanfaat. Rasanya, dah lama Fiza tak buat reviews tentang produk makanan mahupun minuman. Kan?

Sedap Tak Dutch Lady Juicy Milk Orange?

Jadi, blogpost malam ni Fiza nak kongsikan pengalaman sendiri merasai minuman kotak berjenama Dutch Lady Juicy Milk Orange. 

Okeh!

Reviews

Pertama sekali dari segi bungkusan. Memang tip top. Sangat menarik. Colorful. Serius! Boleh goda sesiapa sahaja untuk membeli dan merasai sendiri isi kandungannya.

Kemudian, dari segi harga pulak. Pada Fiza, berpatutan dengan saiz. Kalau tengok di Shopee, pack 200ml x 4 kotak... Harganya RM9.50 je. Kalau kat tempat lain, macam kat tempat Fiza... Ianya dijual dengan harga RM6.50. Masih lagi berpatutan kan. Betul tak?

Manakala untuk rasa, seriously... Tak mengecewakan. Rasanya seakan-akan yogurt. Rasa orennya sangat pekat dan sangat sedap untuk dinikmati apabila disejukkan.

Pada Fiza, lagi suka yang ni daripada perisa pisang sebab yang perisa pisang... Kalau tak sejuk, rasanya boleh membuatkan kita muak. Itu bagi Fiza lah ye. Lain orang lain citarasa. Kan?

Nanti nak try Dutch Lady Juicy Milk Strawberry pulak. Adakah sesedap perisa oren. Kan?

#Reviews
#DutchLadyJuicyMilkOrange
#SusuKotak

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Rabia takk try beli lg yg ni . Biasa minum yg coklat tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh... Yang coklat memang sedap. Anak-anak akak pun suka minum. ☺️

      Padam
    2. dulu selalu beli sy lah org yg kuat minum nya

      Padam
  2. I've never tried this one. mcm best je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa dia macam yogurt Ray, bila sejuk. Not bad...

      Padam
  3. tengok packaging pun sedap. anak2 akak suka perisa strawberry. perisa oren ini belum cuba lagi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh ye... Nanti try yang strawberry pulak. ☺️

      Padam
  4. betul2 rasa mcm yogurt... k ret pun suka ...
    k ret dah la kureng sket rasa oren tp yg ni sbb mcm yogurt so bole la telan hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Bila disejukkan, tu yang rasa macam yogurt.

      Padam
  5. Saya tak pernah lagi cuba perisa oren ni. Bolehlah cuba lepas baca review Kak Fiza ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la Jannah. Hehe... Suka naw hasut orang ek! ☺️🤭

      Padam
  6. Betul kak fiza cakap, bungkusan dia menarik. First time saya tahu dutch lady ada keluarkan perisa oren. Selalu minum coklat ajeeeee hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni satu produk ada macam-macam perisa. Tak suka yang ni, ada yang tu. Hehe...

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com