Nestle La Cremeria Mint Temptation Memang Sedap!

Assalamualaikum.
Selamat Pagi.

Pendapat Tentang Aiskrim La Cremeria Mint Temptation | Kisah petang semalam. Cuaca di luar panas terik. Bila panas, tekak akan tercari-cari benda yang sejuk. Dapat aiskrim, memang bahagia dibuatnya.

Encik suami pulak macam tahu-tahu je kehendak isteri dan anak-anak. Balik dari kedai runcit, rupanya terselit sebekas aiskrim La Cremeria di dalam bungkusan barang dapur. Bila aiskrim ada, roti burger pun confirm! Ada. 

Produk nestle

Harga Aiskrim La Cremeria Mint Temptation 1 Pint 750ml

Cukuplah untuk menu minum petang kami. Actually, encik suami beli yang dalam bekas 750ml. Kalau kat tempat Fiza, ianya dijual dengan harga RM14. Tapi, di tempat lain ianya dijual dengan harga RM13.50. lebih kurangla tu kan. Bergantung kepada tempat. 

Pandangan Peribadi

Pertama sekali kita lihat pada packaging aiskrim tersebut. Pada Fiza ianya sangat bagus dan selamat kerana penutupnya jenis ketat. Kemudian, gambaran luar produk pun menarik. Macam sedap! Bila sekali pandang.

Dari segi harga pulak, Fiza rasa berpatutan sebab aiskrim dalam tu pun banyak. Kalau makan sorang memang tak boleh nak habiskan. Tapi, tak taula kalau yang sejenis penggemar tegar aiskrim. Bolehla kot habiskan. 🤭

Aiskrim nestle

Dari segi rasa pulak.

Seriously, Teksturnya yang halus dengan tambahan coklat cips di dalamnya membuatkan ia tersangatlah sedap. Lebih sedap dari La Cremeria peanut butter okeh!. Tapi still tak boleh lawan aiskrim Musang King punya rasa. Itu based on anak tekak Fizalah ye. 

Kombinasi coklat mint yang padu kaw-kaw, Makan pulak dengan roti burger. Sedapppp sangat! Allahu Akhbar. Tapi, boleh makan sekali sekala je ok! Makan selalu sangat tak elok. Cukuplah sekali sekala. 

Aiskrim nestle

Korang dah rasa belum aiskrim ni? Kalau belum, tryla. Haha... Ayat memaksa sungguh, padahal bukan reviews bebayar pun. Kalau nak beli... Aiskrim ni boleh didapati di mana-mana kedai termasuklah kedai-kedai runcit berdekatan dengan korang.

Baca Juga :
Sekian, cerita aiskrim dari Fiza. Dah macam entri wajib pulak Fiza tengok. Setiap bulan, mesti ada satu entri reviews aiskrim. 

Hurmmm... Nak buat macam mana. Anak-anak teringin punya pasal. Layan kan jelah. Lagipun, bukannya setiap hari. Tapi sekali dalam sebulan. Tu pun kalau dorang mintak.

#LaCremeriaMintTemptation
#AiskrimNestle


Catat Komen

18 Ulasan

  1. Ya allah terliur pulak tengok time puasa ni hahaha, haritu ada nampak dah sorang blogger review aiskrim ni. Nanti boleh lah try, beli mint coklat baru ramai tak mintak sebab ramai tak minat hahaha :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai! Sian pulak akak kat Tiqah. Takpe, berbuka nanti try cari. Confirm Suka. Hehehe....

      Menghasut sungguh. 🤭

      Padam
  2. mint sedap eh? x berapa suka sgt eskrem mint.. kak ret prefer vanilla... la cremia ada vanila x eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kak. 🙂
      Ada je perisa vanila Kak Ret. La Cremeria Vanilla Cashew. Dalam dia ada kekacang.

      Padam
    2. haa canteekkk!! ok nanti nak cari la perisa vanilla ni...

      ok jap test komen ni hhaha

      Padam
    3. ok komen fizah still ada yg mesej robot tu..
      setting fiza dah off kan jgk ke catcha tu?

      Padam
    4. Dah lama Fiza off kan, Kak. 🙂

      Padam
    5. ok k ret test lagi hahaha... browser cookies pun k ret br clear kan... ni yg pening klu buta IT ni hahahha

      Padam
  3. Tak pernah lagi cuba makan aiskrim dengan roti burger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. O yeke Jannah. Akak Suka makan aiskrim dengan roti. Sedap. 🤣🤭

      Padam
  4. wahhhh! terliuqqq nadyya nii.. makan pulak ngn roti burger..fuhhhh

    BalasPadam
  5. dessert wajib dlm peti ais :)

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com