Info Dan Sinopsis Telefilem Delen Arahan Janna Nick Di Astro Citra

Assalamualaikum.
Selamat petang.

Simple updated. Seperti biasa, Fiza akan updated untuk Telefilem yang akan ditayangkan setiap hujung minggu. At least, bila dah baca sinopsis dan tahu siapa pelakonnya. Bolehla buat pilihan nak tengok ke tidak. Betul tak?

Untuk pengetahuan kita bersama.

Sabtu ni, 13 Februari 2021 iaitu malam esok akan ditayangkan telefilem komedi romantik berjudul Delen. Ia merupakan telefilem pertama karya arahan Janna Nick dan juga merupakan karya pertama di terbitkan oleh syarikat Janna Nick Production. 

Telefilem 13 Februari 2021

SENARAI PELAKON DAN WATAK DALAM TELEFILEM DELEN

Antara pelakon utama menerajui telefilem ini adalah Janna Nick, Sean Lee, Dini Schatzmann dan ramai lagi. Antaranya :-
  1. Sherry Al Hadad
  2. Mark Adam
  3. Joey
  4. Noreen Iman dan
  5. Kiss ya Nick iaitu adik kepada Janna Nick

SINOPSIS DELEN

Telefilem Delen mengisahkan percintaan remaja sekolah. Perebutan cinta Emily, di antara Delen dan Robert.

Robert telah mengadakan satu pertandingan berenang dan meletakkan syarat, di mana pemenang akan mendapat cinta Emily.

Antara Delen dan Robert, siapakah yang akan menjadi pilihan hati Emily? Delen atau Robert? 

Fiza rasa la, mesti Emily pilih Delen. Kan? Kalau tengok tayangan perdana tadi sepertinya Robert seorang yang berlagak dan berasal dari golongan yang berada. Delen pulak sejenis yang simple. Walaubagaimana pun, itu hanya andaian Fiza je. 

Then, dalam telefilem ni jugak Mark Adam jadi cikgu dorang. Kuat tidur pulak tu. Antara scene lucu dalam telefilem ni. Selebihnya, nak tahu jalan ceritanya kenalah tengok malam esok.

That it's.

Lagi satu. 

Berdasarkan hmetro, Selepas mengarahkan dan menerbitkan telefilem Delen, Janna Nick bakal muncul dengan sebuah lagi telefilem berjudul Jeti. Sebuah telefilem yang bergenre berat dan penuh dengan emosi lakonan Nabila Huda dan Fauziah Nawi.

Gabungan mantap tu. Dua-dua pelakon ni hebat. Bila akan ditayangkan tu, nanti akan di updated okey. 

Have a nice day. Happy weekend yeah! 🤣😂🥰😍

#delen

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. eh macam sama pula olahan ayat sinopsis dan bawah sekali itu :)
    selamat menonton delen :)

    BalasPadam
  2. Wah janna nick dah jadi pengarah ek? Tapi tak ada astro pula nak tengok...

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com