Assalamualaikum.
Good Night.

Telefilem Khilaf Terakhir Di TV1 - Simple update. Fiza just nak kongsikan sedikit info mengenai telefilem terbaru di TV1 yang mana di bawah arahan Malek Rahman bersama produksi dari Megapine Sdn Bhd.

khi.laf] | خلاف

Definisi : salah (kerana kecuaian, kurang penga­laman, dll), keliru, silap: adalah juga beberapa kesalahan di dalamnya drpd ~ atau lupa; terkhilaf tersalah (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), terkeliru, tersilap: harap maaf kiranya saya ~; kekhilafan kesalahan (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), kekeliruan, kesilap­an: beberapa ~ yg terdapat dlm laporan itu telah dibetulkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat
Bahasa Asal : Arab

Nantikan tayangan telefilem Khilaf Terakhir lakonan Azhan Rani, Naim Daniel dan Marisa Yasmin pada 9 Januari 2021 (Sabtu) iaitu malam esok, pukul 9.00 malam di TV1.

Antara pelakon lain yang turut membintangi telefilem ini adalah seperti Sahronizam Nor, Abu Bakar Omar, Fanin Halmi dan Adib Dubies.

Telefilem 9 Januari
Sumber dari Myinfotaip


SINOPSIS KHILAF TERAKHIR 

Telefilem Khilaf Terakhir mengisahkan tentang demi sebuah syurga, Manaf terpaksa melepaskan Salmi dan Syafiq. Kesempitan hidup, menyebabkan Syafiq menerima seorang pakcik menyewa di bilik belakang rumahnya. Jalal pula merancang sesuatu agar tanah rumah yang didiami oleh Salmi dan Syafiq terjual! Namun selepas 20 tahun berlalu, Pak Hassan bersungguh mahukan Manaf mencari Salmi dan Syafiq kembali. Apakah sebenarnya yang berlaku? Berjayakah Manaf menemui Salmi dan Syafiq?

Mesti best telefilem ni. Kan? Selalunya, kalau  Azhan Rani berlakon. Memang Tak mengecewakan sesuatu drama tu untuk ditonton. Siapa sependapat dengan Fiza?