Assalamualaikum.
Good Morning.

Drama Diva Popular Di Awesome TV - Nantikan drama bersiri 'Diva Popular' menampilkan lakonan Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Erma Fatima, Ogy Ahmad Daud, Ben Amir dan ramai lagi. Mula bersiaran pada 9 Februari 2021 di Awesome TV.

Drama 21 episod arahan Rashid Sibir, terbitan Rumah Karya Citra juga turut menampilkan pelakon seperti Ucop Dubsmash, Fazlina Ahmad Daud, Iqram Dinzly, Azwan Ali, Nasz Sally, Zee Zainal, Ashraf Jamaludin, Amir Nafis, Jabir Meftah, Ellie Suriaty, Zul Ariffin dan Syafiq Kyle.


Drama Terbaru di awesome tv

PELAKON DAN WATAK PELAKON DI DALAM DIVA POPULAR

Berikut adalah barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ni.
  1. Ben Amir sebagai Shazwan
  2. Tiz Zaqyah sebagai Ika Natelia
  3. Nabila Huda sebagai Erma Erika
  4. Erma Fatima sebagai Datuk Rona Di Alfonso Di Al Bukhari
  5. Fauziah Ahmad Daud sebagai Lola Kartika
  6. Kaka Azraff sebagai Wawa
  7. Iqram Dinzly sebagai Shazzy
  8. Syafiq Kyle sebagai Engku Emran

SINOPSIS DRAMA DIVA POPULAR

Drama Diva popular mengisahkan tentang Erma Erika yang  mempunyai  ramai pengikut di sosial media. Dia digambarkan pelakon kayu yang tidak berbakat dan masa sama bergelar Youtuber dengan suara ke laut. 

Ika Natelia pula pernah merangkul anugerah berpaksikan popular dan mahu menjadi pelakon terbaik. Malangnya, Ika Natelia jenis tak berdisiplin dan dalam masa sama hanyut bercinta dengan Shazwan. 

Menjadi lebih 'malapetaka' apabila Lola Kartika dan Datuk Rona masuk campur dengan kekecohan melanda anak mereka.

Nampak gayanya, drama ini mengisahkan tentang isu semasa dunia artis sekarang ni. Selain tu, ramai artis berbakat besar turut dihimpunkan di dalam drama ni. Mesti best. Kan?

Jangan lupa, nantikan drama Diva Popular di Awesome TV yang mana akan ditayangkan pada 9 Februari 2021.

Have a nice day.

#AwesomeTV
#DivaPopular