Pendapat Peribadi Tentang Aiskrim Durian Musang King Jenama Nestle

Assalamualaikum.
Good Morning.

Pendapat Peribadi Tentang Aiskrim Durian Musang King - Walaupun sekarang tengah musim hujan, aiskrim tetap menjadi idaman anak-anak. Sebulan sekali, mesti ada je suami belikan aiskrim untuk kak Alia dan Kak Ain. Petang semalam, kami anak beranak berpeluang merasai aiskrim Nestle terbaru durian Musang King. 

Produk terbaru nestle

Harga Aiskrim Nestle Musang King

Actually, ia sangat mudah untuk diperolehi. di mana, ia sudah pun mulai dijual di mana-mana pasaraya mahupun di kedai-kedai runcit yang berdekatan dengan korang. Fiza beli di kedai runcit je pun. Harga untuk satu bekas bersaiz 750ml ialah RM25. Mahal ke Tak? Masing-masing ada pandangan sendiri. Betul tak?

Rasa Yang Memukau

Untuk rasa pulak, seriously sebijik rasa original durian. Patutla, pada bungkusannya terdapat info real Musang King dinyatakan. 52% kandungannya terdiri daripada isi durian Musang King ye. That why rasanya seperti kita betul-betul makan buah durian bila makan aiskrim ni. Dapat bayangkan tak? 😂🤣

Produk nestle terbaru

Jika korang mengidam nak makan durian, tapi tak jumpa. Bolehla beli aiskrim ni sebagai pengganti. Memang puas hati, walaupun harganya agak mahal daripada aiskrim la cremeria. Sekali sekala bolehla beli. Hehe...


Cara Makan Aiskrim Musang King Agar Bertambah Sedap!

Hurmmm... Part nak makan aiskrim pulak, Fiza lebih suka makan aiskrim dengan breadSo, rasa manisnya akan seimbang. Jadi, takdelah manis sangat. Memang sedap. Alhamdulillah, tercapai jugak hajat nak merasa. Hehe...

Produk terbaru aiskrim nestle

Korang dah rasa tak aiskrim durian Musang King? Sedap tak? 

#MadewithRealMusangKing 
#NestleIceCream

Post a Comment

8 Comments

  1. harga musang king mmg mahal kan, aiskrim dia boleh tahan juga..walau asal pahang byk durian, musang king blum pnah try lgi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, durian Musang king memang Mahal. Fiza pun Tak pernah lagi makan.

      Tapi, untuk aiskrim ni so far memang sedap. Macam kita makan buah durian je bila makan aiskrim ni.

      Delete
  2. Belum cuba lagi. Ramai kata sedap. Aiskrim mahal rasa sedap kira berbaloi membeli. Betul tu makan dengan roti boleh seimbangkan rasa manis aiskrim tu.

    ReplyDelete
  3. Alamak bila tengok entri ni terliur pula walhal tak berap gemar durian dalam bentuk selain daripada buah / tempoyak. hehe.. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. La... Tak sempat lagi Fiza nak join GA Misya wey. 😔

      Delete
  4. untungla ada kebun durian musang king kat pahang tuuh.. huhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com