Tempat Makan Sedap Di Kota Samarahan, Kuching Sarawak

Tempat Makan Sedap Di Kota Samarahan, Kuching Sarawak - Assalamualaikum, hai... Salam hujung minggu semua. Dah lama sebenarnya terperam dalam draf dashboard. Baru harini terperasan. Huhu...

Encik suami sebenarnya berasal dari Samarahan. So, bila cuti je... Confirm akan balik Samarahan untuk menziarahi keluarga di sana. Bila dah balik ke Samarahan tu... Faham² ler, memang encik suami akan ajak makan di luar. Salah satu tempat makan yang menjadi pilihan kami dari dulu sampaila sekarang ialah Oten's @ Rasa Indah Kafeteria... Kampung Sindang, Kota Samarahan.

Kat mana tu?
Senang je nak cari. Just guna google map. In Shaa Allah... Bolehla ke sana dengan mudah.

Menu mee kolok goreng ayam

Dulu, masa Fiza study di UNIMAS... Encik suami selalu ajak makan kat situ. Salah satu menu yang paling Fiza suka adalah mee kolok goreng ayam. Sedap!

Bila dah makan... Tak sempat pulak nak snap menu lain. Lagipun, menu anak² biasa² je... Nasi ayam. Encik suami pulak... Nasi ayam, sup sayur.

Dulu, kedai makannya kecik je... Bila dah semakin popular, kedai pun dah semakin membesar dan cantik. Kami suka makan belah malam. Siang selalu penuh... Payah nak parking. Lagi² waktu hari bekerja... Memang payahla nak dapat meja kosong.

Memang padatla tempatnya. Kekadang kalau tak dapat makan kat situ... Encik suami bungkus je. Hehe...

Memang recommended!

lokasinya senang nak cari, kedai makan pun simple, bersih dan paling penting pekerjanya ramah. Makanan pun sedap! Sangat berpuas hati... Berbaloi pulak dengan harga. Beroperasi setiap hari sehingga 10:30 malam ye.

For those yang teringin nak ke sana, berikut adalah alamatnya :-

Oten's @ Rasa Indah Kafeteria,
Jalan Dato Mohd Musa,
Kampung Sindang Baru,
94300 Kota Samarahan, Sarawak.

Tel : 082-661 624

Post a Comment

9 Comments

  1. Nampak sedap tu mee kolok goreng ayam. Tapi mee kolok yang sup tu pun Fiza tak pernah rasa lagi. Kena pergi sarawak juga try yang original punya dulu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Sarawak pun, tak semua tempat mee koloknya sedap Fiza.

      Akak cuma suka makan mee kolok kat sini dan satu lagi di bahagian Sarikei. Memang tip top.

      Delete
    2. Ohh kena try kat sini jugaklah macam tu :)

      Delete
  2. Jarang mkn di area sia... mun ada keja kt unimas br ada ke sia tp mun dh di samarahan salu jem.. mun dpt akn balit awal seawal yg mungkin utk elakkan jem.. hahahaha

    Tp tok mst kedei mkn yg area IPG sia nk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bena ya. Kinek Samarahan selalu jem. Lemah nyawa nak keluar.

      Aok... Sik jauh dari IPG lah ya. Staff dengan student UNIMAS rami makan di sia.

      Delete
  3. nampak kesedapannya... ntah bila nak sampai ke Sarawak ni..

    ReplyDelete
  4. Pertama kali jumpa menu mee kolok di Giant kinrara.. Sedap dan anak-anak suka. Cuma tak tahu rasa yang originalnya bagaimana..

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com