Susu Fernleaf Family Bagus Tak?

Susu Fernleaf Family Bagus Tak? | Assalamualaikum, selamat berhujung minggu. Lately, masuk trimester kedua... Fiza dihantui masalah tidur. Lepas 4 pagi confirm terjaga. Dah pelbagai tips Fiza praktikkan... Termasuklah makan kenyang² dan minum susu sebelum tidur... Pun tak jalan. Hadoi!... Moga² bayi lahir nanti... Janganlah mengikut perangai si ibu ye.

Dulu masa mengandungkan Alia dan Ain... Takde sangat masalah tidur. Tidur pun awal. Lepas minum susu... Jam 8.30 malam memang dah terbongkang. Hurmmm... Sabar jelah dengar keluh kesah mak buyung ye. Haha...

Takpe haihhh...

Tak boleh tidur, sementara subuh... Menyempat jugak menaip entri. Biasalah Fiza... Bila dah rajin update, sorry to say... Memang asyik lalu je post terbaru di reading list dashboard korang. Sabar jela ye.

Baca Jugak : Review tentang rasa biskut nabati pink lava

Apa² pun, entri harini... Fiza nak share tentang susu pilihan Fiza sekarang untuk anak². Kenapa Fiza pilih... Semuanya tu akan Fiza kongsikan di sini.
Susu fernleaf family
Susu Fernleaf Memang Terbaik!
Ok! Dah setahun dah, setia minum susu fernleaf... Baru harini terajin nak buat sedikit review. Review ni pun bukan berbayar tau... Ia based on pengalaman sendiri je. So, kena fahamlah ye... Dah nama pun berdasarkan pengalaman sendiri... Maka, secara automatik... Review pun based on selera anak tekak sendiri. Hehe... Kang, ada pulak yang complaint, letak kat komen... Bila Fiza kata sedap dan terbaik... Ada pulak yang terpengaruh... Cuba, then tak pulak sesuai dengan anak tekak korang... Naya! Fiza kena.

Ok! Berbalik kepada tajuk utama, kenapa Fiza kata susu fernleaf terbaik. Meh sini Fiza nak cerita. Sebelum ni Fiza ada masalah... Anak kedua Fiza, Ain... Tak suka makan dan kurang menyusu. Anak² bf memang macam tu ek! Entahlah... Yang pasti... Itulah masalah yang Fiza hadapi. Namun, takdelah sampai berat badan dia menurun. So far, Alhamdulillah... Sampai sekarang, berat badan dia sentiasa maintain on track.

Tapi, kalau dah anak kurang makan... Maka automatik, sebagai seorang ibu... Sah² ler akan naik risaulah kan. Memandangkan ramai dok kata susu fernleaf bagus di facebook... Boleh membuatkan anak² rasa lapar dan berselera bila makan... Why not, Fiza mencubalah kan...

Setelah difikirkan... Fiza buat keputusan untuk beli susu fernleaf family yang paket kecik je dulu... Yang harga RM19.83 sebungkus untuk yang 900gram. Alia, Fiza dan suami pun boleh minum.

Bila dah sebulan dua minum... Alhamdulillah, tak sangka nampak hasilnya. Walaupun hanya minum dua kali dalam sehari... Tapi, sangat mengejutkan... Ain reti mintak makanan. Asyik kata lapar je. Alia pun sama. Alhamdulillah... Akhirnya, masalah anak² tak mau makan menemui solusi. Syukur sangat²...
Susu fernleaf
Sumber dari fiezasani.xyz
Kandungan Di Dalam Susu Fernleaf Family
Apa yang Fiza tahu... Based on laman web Fernleaf, kandungannya sangat bagus... Di mana kebaikan susu ini adalah terdapat khasiat penting di dalamnya seperti vitamin A, C, D, B1, B2, B3 dan B12... Yang mana dengan meminum susu ini, maka satu family dapat menyediakan nutrien yang penting kepada tubuh yang lebih sihat.

Kelebihan Lain Susu Fernleaf Family
Selain kandungannya yang bagus, ia jugak...

Mudah didapati pada semua kedai runcit, pasaraya mini, pasaraya besar dan lain-lain. Boleh didapati dalam pelbagai pek kecil dan besar.

Harga pun murah dan semua lapisan masyarakat mampu memilikinya...

Terakhir, paling best... Satu family boleh minum bermula dari anak berusia setahun sampai umur tua... Dengan pembelian satu bungkus susu fernleaf family je. Jimat dan berbaloi. Bukan?

Tu jela yang Fiza nak update mengenai susu fernleaf family. Alhamdulillah... Tiada lagi masalah anak² tak mau makan. Syukur sangat-sangat.

Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi baca celoteh Fiza hingga ke noktah terakhir. Tanpa korang, sunyilah blog Fiza...

p/s : Entri pagi tadi, tapi baru nak up. Sabar jelah ye.

#review
#reviewsusu
#susufernleaffamily

Post a Comment

0 Comments