Kisah Di Sebalik Cerekarama Menantu Nista

Kisah Di Sebalik Cerekarama Menantu Nista | Assalamualaikum, entri kali ni Fiza nak share tentang drama Menantu Nista. Tak silap, ia pernah ditayangkan pada tahun lepas... Tapi, masa tu... Tak berkesempatan nak tengok.

Malam Sabtu... Terlayanlah jugak sampai tamat. Actually, jika dilihat pada tajuk... Menantu nista bermaksud... Menantu yang jahat atau hina. Ha'ah, lebih kurang begitulah pengertiannya mengikut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Bagaimana jalan ceritanya...
Menantu Nista
Sumber myinfotaip.com
Kesudahan Drama Menantu Nista
Rupa-rupanya... Kisah cerekarama menantu nista adalah tentang Sofea yang tidak disukai ibunya Nora. Apa sahaja yang Sofea lakukan, semuanya tidak kena di mata ibunya. Namun, Sofea begitu baik dengan neneknya... Nek Yam. Suami Nora, Fauzi seringkali keluar outstation sebagai pemandu van persiaran... Jarang berada di rumah.

Suatu hari, ibu Armin datang meminang Sofea buat kali ketiga. Sekali lagi pinangan Armin ditolak. Sofea berasa pelik dan dia seperti tidak puas hati dengan keputusan ibunya. Kenapa ibunya menolak lamaran tersebut. Dalam masa yang sama, Nek Yam jatuh sakit.

Lalu Fauzi menelefon Nora supaya bawak Nek Yam tinggal bersama mereka. Al-maklumlah, sebelum tu... Nek Yam tinggal keseorangan. Semasa Sofea dan Fauzi keluar bekerja, Nora turut mengurung ibu mertuanya di dalam bilik. Selain itu, Nek Yam jugak turut di dera.

Dek kerana cinta, Armin dan Sofea mengambil keputusan untuk berkahwin di sempadan. Apabila Nora mengetahui, Dia sangat marah... Malah beranggapan, semuanya berlaku disebabkan hasutan daripada Nek Yam. Kerana tolakan yang kuat... Dahi Nek Yam turut berdarah. Akhirnya, Sofea mengetahui... Kelakuan Nora terhadap Nek Yam. Dalam masa yang sama... Nora jugak turut mengimbas kembali masa silamnya sehingga membuatkan dia membenci sangat ibu mertuanya, Nek Yam.

Rupanya... Semasa hari ke-6 dalam pantang, iaitu ketika melahirkan Sofea... Nek Yam telah terlelap sambil mengipas Sofea dengan kain. Namun, kain tersebut telah menutupi muka Sofea sehingga meragut nyawa Sofea. Nora meroyan. Dek kerana bimbangkan keadaan Sofea, Fauzi dan Nek Yam mengambil anak angkat yang jugak turut diberi nama Sofea.

Walaupun Nora sihat, tapi dia tidak menyukai Sofea... Malah turut berdendam dengan Nek Yam.

Di suatu sisi yang lain, Fauzi kemalangan dan menyebabkan kedua belah kakinya terpaksa dipotong. Semasa Fauzi Di hospital, Nora berpura-pura meminta maaf kepada Nek Yam... Konon²nya dia telah insaf di atas perbuatannya terhadap Nek Yam. Kemudian, Nora mengajak Nek Yam menziarahi kubur Sofea. Nek Yam bersetuju. Namun, malang tak berbau... Nora tinggalkan Nek Yam di dalam hutan.

Walaubagaimana pun, semua perbuatan Nora akhirnya terbongkar apabila orang kampung menemui Nek Yam. Fauzi sangat marah lalu meminta Armin membuat laporan Polis... Nora berkali-kali meminta maaf dengan Fauzi. Namun tidak dipedulikan... Dalam masa yang sama... Tiba-tiba Nora jatuh dan terus strok.

Menantu nista tamat dengan scene Nek Yam menjaga Nora. Walaupun Nora pernah melayannya seperti hamba abdi... Namun, dia tidak pernah berdendam... Malah, menjaga Nora dengan baik. Sofea pulak, sudah tahu yang dia hanyalah anak angkat... Tapi, beruntung... Sebab Armin sudi mengawininya. Ibu Armin pun merestui.

Begitulah pengakhirannya.

Kesimpulannya... Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Dendam akhirnya memakan diri. Tapi nasib baik mertua baik. Kalau sama-sama jahat... Sah² la Nora akan mati tanpa ada orang yang mahu menjaganya kan.

#cerekaramaterbaru
#cerekaramasabtu
#cerekaramatv3
#cerekaramamenantunista

Post a Comment

2 Comments

  1. Tak pernah tengok cerita ni walaupun dah pernah ditayangkan. menarik jalan ceritanya ada pengajaran di situ. Boleh tengok kat youtube nanti.

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com