Apakah Judul Drama Terbaru Menggantikan Cemburu Seorang Perempuan?

Apakah Judul Drama Terbaru Menggantikan Cemburu Seorang Perempuan? | Assalamualaikum... Korang tengah buat apa? Bila tak tahu nak buat apa, pasti ada yang ambik peluang untuk menonton tv je kan. Korang layan tak slot DramaVaganza di Astro Ria 104, setiap Isnin hingga Jumaat... Jam 7 malam? Hurmmm... Fiza pulak dah terjebak!

Rindu Yang Terlarang Di slot DramaVaganza Astro Ria 104

Terbaru adalah drama cemburu seorang perempuan. Malam ni merupakan episod terakhir dan... Drama terbaru yang bakal bersiaran selepasnya adalah... Rindu yang terlarang lakonan Fikry Ibrahim dan Zahirah Macwilson. Untuk pengetahuan korang, drama tersebut pun merupakan adaptasi daripada novel. Biasalah, drama sekarang... Hampir kesemuanya adalah daripada adaptasi novel. Betul tak?

Rindu yang terlarang
Sumber : Myinfotaip

Kisah Di Sebalik Drama Rindu Yang Terlarang

 Sumber  : Myinfotaip
Berdasarkan sinopsis dari sumber, drama rindu yang terlarang mengisahkan tentang kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Fariz (Fikry Ibrahim)  dan Ainnura (Zahirah Macwilson) bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah.

Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga. Fariz dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Fariz terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing.

Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Fariz berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali. Sementelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnura masih inginkan Fariz cuma Ainnura memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula.

Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai?

Reviews Dari Para Pembaca Novel Rindu Yang Terlarang

Baca sinopsis macam menarik je kan. Fiza ada jugak baca beberapa feedback daripada mereka yang pernah baca novelnya. Contohnya, reviews para pembaca di goodreads.... Di mana rata-rata mengatakan novelnya tidak mengecewakan. Malah rates yang dorang bagi pun empat ke lima bintang ok!

Rindu yang terlarang
Sumber : goodreads

Bermakna... Menariklah tu jalan ceritanya. Kan! Betul tak?

Tapi, sejauh mana menariknya sesuatu drama tu... Pun, bergantung kepada pelakon yang membawa watak² di dalamnye. Tak silap, ni first time Fiza tengok Fikry dan Zahirah digandingkan bersama untuk bawak watak hero dan heroin. Betul tak? Ke ada lagi drama lain yang dorang berlakon bersama?... Sebab, Fiza sejenis tak semua drama dilayan. Kalau pelakon best, jalan cerita best... Barulah layan. That why, tak semua sinopsis drama Fiza update. Haha... Almaklumlah, blog lifestyle... Memang semua benda masuk. Hehe.

Post a Comment

8 Comments

  1. Cerita cemburu seorang perempuan tu tak tengok pulak tapi tak sabar nak tengok drama rindu yang terlarang ni. suka gabungan hero dan heroin tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... Akak tak pernah lagi tengok Fikry dan Zahirah digandingkan bersama. Tapi² dua² berlakon memang akak minat. 😊

      Delete
    2. Rasanya pertama kali berlakon bersama kot.

      Delete
    3. Kan... Akak pun perasan macam first time je dorang digandingkan bersama jadi hero dan heroin.

      Delete
  2. apasal banyak drama "sampah" ditayangkan di kaca tv.
    Cerita Khayalan Alam fantasi mintalah dihentikan, tak membina minda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu kena tanya saluran tv ye tuan/puan yang bertanya. Tapi, sebagai penonton kita ada hak untuk MEMILIH samaada untuk menonton atau tidak. Pilihan di tangan kita. Kita sentiasa ada Pilihan.

      Fiza hormati pandangan tuan/puan. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca blog Fiza. 😊

      Delete
  3. alaa, kak ana tak berapa minat lak zahira ni berlakon fiza hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye ke kak Ana. Fiza minatlah jugak, tapi tengok jugaklah pelakon yang digandingkan bersama dengan dia. If minat, baru layan... Kalau tak... Sorry... Memang lansung tak layan. Hehe...

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com