Beg Kait Gabungan Warna Hitam Dan Pink Magenta | Assalamualaikum, apa khabar? Agak lambat bersiaran dek kerana tempahan kait masuk minggu ni. Berpinar mak oii tengok warna benang... Tu yang lari kejap daripada rutin. Hehe... Rindu nak update blog...

Alhamdulillah, lepas raya... Antara tempahan yang masuk adalah beg kait. Tapi, harini baru berkesempatan nak update. Walaupun lambat... Atleast di blog tersimpan gambar produk hasil tangan kait Fiza. Kan?

Beg kait gabungan warna hitam dan pink magenta

Untuk beg ni... Ia sangat sesuai untuk menyimpan wallet dan handphone... Pun begitu, nak letak pampers, kad klinik dan susu pun boleh... If tak nak bawak barang banyak sangat ketika temujanji doktor.

Siap beg, ada lagi dua pasang topi dan sepasang beg yang nak kena siapkan. Nanti Fiza update hasil tangan Fiza ye.

Jika korang berminat nak tempah, mesej je Fiza. In Shaa Allah... As soon as possible, Fiza balas. Hehe.

Kemudian, untuk yang rajin singgah di blog Fiza... Terima kasih Fiza ucapkan. Tanpa korang, sunyilah blog Fiza.

In Shaa Allah, malam nanti Fiza balas kunjungan ye.

Salam Aidilfitri buat semua. last day raya kan harini?