Sinopsis Setelah Terlafaznya Akad | Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza berkongsi cerita. Last week merupakan minggu akhir untuk drama curi-curi cinta. So far, drama tersebut telah berjaya menambat hati penonton tak kira lelaki atau perempuan. Adakah drama yang bakal menggantikannya malam ini pun begitu?

Wallahualam...

Namun, suka Fiza nak kongsikan serba-sedikit apakah kisah yang berlaku sepanjang 28 episod drama setelah terlafaznya akad.

Setelah terlafaznya akad
Sumber dari Myinfotaip

Untuk makluman, drama tersebut bakal dilakonkan oleh beberapa orang pelakon seperti berikut :-

PELAKON & WATAK
Kamal Adli sebagai Hanan
Uqasha Senrose sebagai Nawal
Zeera Azizi sebagai Hani
Zulhemy sebagai Hairuddin
Nadya Syahera sebagai Milah
Norlia Ghani sebagai Tokma
Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah

SINOPSIS SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
Itu berkaitan pelakon dan watak. Manakala untuk sinopsis... Drama tersebut mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Hanan. Setelah bercerai dengan Hani, Hanan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hannan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.

Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hannan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna, tetapi mampu melengkapkan hidup Hannan.

Pada masa yang sama, Hannan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hannan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya.

Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hannan, begitulah perasaan Hannan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara Hannan memujuk Nawal sementelah bila Hannan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hannan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.

Adakah Nawal menerima kembali Hannan dalam hidupnya? Kenalah tonton sendiri... Bermula malam ni, setiap Isnin hingga Khamis... Jam 10 malam, di Astro Ria dan Ria HD... Semestinya di dalam slot megadrama.

Tengok jalan cerita, macam boleh dijangka apakah kesudahannya. Namun, mungkin olahan ceritanya... Dan pelakonnya kot... Menyebabkan orang nak menonton.

Sumber review dari goodreads

Actually, megadrama kali ni jugak adaptasi novel.  Tajuk drama pun sama dengan novel karya Anna Milia. Fiza ada jugak terbaca review novel yang orang buat di goodreads... Rata² mereka yang dah baca novelnya... Memberi komen positif. Kisahnya lucu. Romantik. Pendek kata memang best.

Sejauh mana best'nya setelah diadaptasi ke dalam drama. Kenalah tengok la kan. Hehe...

Tapi, Fiza tak minat sangat Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Tengoklah nanti, kalau ramai yang review kata best... Baru tengok.

Korang pulak bagaimana? Minat tak Uqasha Senrose dan Kamal Adli?