Cerekarama 1 Jun 2019 Di TV3

Masihkah Ada Raya Buatku | Assalamualaikum, apa khabar? Harini dah pun 27 Ramadan. Hari pertama bulan Jun. Allahu Akhbar, lagi beberapa hari... Umat Islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Mesti korang busy memanjang kan. Tapi, bagi yang tak sibuk... Ada pulak masa untuk menonton...

Nah! Fiza nak share sedikit pasal intipati telefilem malam ni, yang berjudul masihkah ada raya buatku.

Masihkah ada raya buatku tv3
Sumber dari infobergetar

#sinopsismasihkahadarayabuatku

Based on sumber, cerekarama malam ni mengisahkan tentang seorang suami bernama Zul. Zul tidak lagi menyambut hari raya semenjak isterinya, Azura menghidap strok dan lumpuh separuh badan.

Kehidupan Zul hanya tertumpu sepenuhnya bagi menjaga isteri dan membesarkan anak-anak, di samping melakukan pelbagai pekerjaan demi kelansungan hidup.

Anak-anak yang masih kecil tidak memahami penderitaan yang dialami oleh Zul. Mereka cuba mengembalikan kemeriahan raya walaupun dilarang tegas oleh ayah mereka. Adakah hari raya mereka disambut dengan meriah? Atau adakah sebaliknya.

Saksikan drama masihkah ada raya buatku... Malam ni, lakonan Fizz Fairuz dan Nad Zainal... Semestinya di tv3... Jam 10 malam...

Save the time ok!

Daripada sinopsis, kisahnya macam sedih... Kan?

Post a Comment

2 Comments

  1. Haah, macam sedih je cerita ni bila baca sinopsis.

    ReplyDelete
  2. Menarik jugak. Nanti bila free boleh layan kat youtube

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com