Persiapan Raya Tahun 2019

Persiapan Raya Tahun 2019 | Assalamualaikum, korang tengah buat apa? Pasti sibuk kan. Harini dah 25 Ramadan. Tak lama lagi hari raya aidilfitri akan menjelang tiba. Mesti korang tengah sibuk di dapur siapkan kek biskut semua. Kan?

Selain biskut, kek... Bagaimana pulak dengan persiapan lainnya... Seperti baju raya, duit raya. Hurmmm, Fiza pulak raya tahun ni In Shaa Allah giliran beraya di rumah mertua. Persiapan pun ala kadar je.

Bercakap pasal persiapan raya tahun ni...

5 PERSIAPAN FIZA MENJELANG RAYA

# BAJU RAYA
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Fiza dan suami sepakat beli baju raya sepasang sorang je, selebihnya pakai baju raya tahun lepas. Kena berjimat. Al-maklumlah, raya tahun ni jatuh pada 5hb... Jauh tu jarak nak hujung bulan. Hehe... Lagi satu, Fiza dan suami lebih fokus nak siapkan rumah tahun ni. So, raya pun biasa² je. Lepas tu, warna baju raya pun carca marba je... No sedondon² ye. Haha... Maybe, next year kot sedondon balik. In shaa Allah...

#bajuraya
Sumber dari pinterest.com

#DUIT RAYA
Duit raya pulak... Alhamdulillah, bagi setakat yang termampu je. Fiza ni lagilah... Encik suami sorang je yang bekerja. So, bagi ikut kemampuan jela... Yang panting ikhlas.

#duitraya
Sumber dari instahats.com

#KUIH RAYA
Bab kuih raya, memandangkan adik ambik tempahan buat kek dan biskut #gawairaya tahun ni. So, bagi dia jelah ambik kontrak buat kek dan biskut raya. Cuma, kami adik-beradik yang lain... Berkongsi duit jelah untuk bantu dia beli bahan.

#kuihraya
Sumber dari webstagram.com

#KERETA
Bab balik beraya pulak, selalunya sehari sebelum balik... Encik suami akan hantar kereta ke bengkel untuk check apa yang patut. Memandangkan duit bonus dah masuk, pagi tadi encik suami terus hantar kereta ke bengkel. Dah settle...

Tayar, minyak kereta... Semua tu penting, nak-nak melibatkan perjalanan jauh. Kena pastikan semuanya dalam keadaan ok... Barulah tenang untuk memulakan perjalanan. Kan?

#FIRST AID
Selain kenderaan dan pakaian, kena jugak buat persiapan untuk first aid. Macam Fiza, mana² pergi... First aid kenalah bawak... Lebih² lagi bila dah ada anak. Musim perayaan klinik pun ada jugak yang tutup... So, kena standbye awal² lah... At least, takdelah panik. Al-maklumlah, raya macam² juadah ada. Kan? Bila dah makan tu, lansung tak beringat. Apa² pun semoga takde apa yang berlaku la kan...

Selamat bercuti dan beraya semua.

Bagaimana persiapan korang? Dah settle ke belum. Akhir kalam, hati² di jalan raya. Harini mesti ramai yang dah start balik kampung kan?

Post a Comment

3 Comments

  1. samalah kita...persiapan ala kadar jer...ikut kemampuan dan tak terlebih-lebih...

    ReplyDelete
  2. Sama bersederhana ala kadar je.. Klu bukan gajiglambat lagi pun zaman sekarang memang kena berjimat kan fiza

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com