Kuat Melaram, Adakah Petanda Bakal Dapat Anak Perempuan?

Semalam masa scroll FB, terbaca pasal pelakon Anzalna yang kini sarat mengandung di page majalah Pa&Ma.

Menurut majalah tersebut, Anzalna suka melaram masa mengandung dan ramai yang mengatakan bahawa bayi yang dikandungkan Anzalna adalah bayi perempuan... Based on ciri² tersebut.

Wallahu'alam...

  Baca Juga   : Hukum simpan tali pusat

Pengalaman Suka Ber'Makeup Masa Mengandung

Namun, Fiza nak share jugaklah perihal perangai pelik suka berhias masa mengandung. Fiza pun ada pengalaman sama seperti Anzalna. Waima, tak pegi mana² pun... Still gatal nak melaram. Bergincu bagai... Padahal, duduk depan tv sambil layan sinetron je kot.

Kekadang tu, bangun pagi belum gosok gigi pun... Dah start cari barang makeup. Semua benda nak try. Padahal, masa tak mengandung memang malas betul nak melaram. Sampaikan encik suami kata pelik.

Suka melaram adakah petanda mengandungkan anak perempuan
Sumber etsy

Disebabkan mengandung... Encik suami biarkan jelah Fiza dengan dunia Fiza. Haha... Pembawakan budak kot. Tu jelah encik suami selalu kata.

Walaubagaimana pun, yang tinggal serumah dengan Fiza semua pakat kata... Nanti baby keluar mesti baby girl... Sebab suka sangat melaram tak kira siang atau malam. Percaya tak?. Masa tu tak check lagi.

Bila dah check...

Doktor kata baby girl.

Actually, Fiza tak kisah sebenarnya... Baby girl or baby boy, yang penting... Baby lahir sihat tanpa sebarang cacat cela.

Kemudian... Alhamdulillah, lahirlah anak perempuan pertama kami Alia pada tahun 2012. Kebetulan atau kebenaran. Wallahu'alam...

Hakikatnya, kata² bagaikan doa. Bila ramai yang berkata bayi yang dikandung adalah bayi perempuan... Bila Allah berkehendak... Siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah Yang Maha Berkuasa. Kan!

Walaubagaimana pun... Mengandung Ain, Fiza takde pulak perangai suka melaram. Tapi lansung tak boleh makan ayam. Dah kenapa? Haha... Masa tu pulak, ramai yang kata... Fiza mengandungkan bayi lelaki lah pulak. Masa tu Fiza tak meletakkan harapan pun waima ramai yang kata gitu.

Seperti anak pertama, anak kedua pun Fiza tak kisah pasal jantina... Apa yang penting... Anak lahir sihat tanpa sebarang masalah.

First scanning lagi, doktor dah kata Fiza bakal dapat baby girl. Second scanning pun sama... Baby girl.

Alhamdulillah, lahirlah Nur Ain pada tahun 2014. Berbeza petanda, tapi bila lahir... Jantinanya tetap sama.

Kesimpulannya, kekadang petanda tak semestinya memberi result yang betul. Kan?

Ada tak pengalaman sama macam Fiza. Walaupun mengandungkan anak perempuan. Tapi petanda dia lain-lain?

Nukilan Rasa,