18 March 2019

Suntikan Imunisasi Untuk Tahun 1?

Suntikan Imunisasi Untuk Tahun 1?

Masa lunch hour, Fiza dapat notification message dari group tahun 1. Guru kelas mintak ibubapa bagi anak makan paracetamol yang dibekalkan oleh nurse atas sebab menerima suntikan imunisasi harini. Actually, last week sepatutnya staff hospital datang ke sekolah... Maybe disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan... So, dorang tunda this week. 

Suntikan imunisasi tahun 1

Balik dari sekolah, bukak je pintu kereta... Kak Alia terus report kat Fiza pasal suntikan yang dia dapat. Tanya dia... Berapa suntikan dapat? Menangis tak masa kena injection? So far so good, untuk imunisasi tahun 1... Dia dapat dua injection. Satu belah kiri, satu belah kanan. Encik suami kata dia cool je masa kena suntik. Alhamdulillah...

Kesan suntikan

Mungkin demam atau sakit di bahagian suntikan. Dalam otak Fiza, mesti sakit kan kedua belah bahu kena inject. Kak Alia kata sakitlah jugak... Tapi tidak menganggu aktiviti  harian dia seperti menulis, makan dan sebagainya.

Alhamdulillah... Lepas makan, sejam lepas tu Fiza bagi dia makan paracetamol. So far, ok je dia... Tidur pun lena. Pada saat entri ni di publish... Alia dan Ain dah pun tidur. 

Good night semua. Write up ringkas berkenaan injection untuk tahun 1 kak Alia. In Shaa Allah, dua tahun akan datang... Giliran Ain pulak kena suntik. Apalah respond dia nanti ye.

#tahun1
#suntikanimunisasitahun1

7 comments:

  1. Ingat dulu2 masa darjah satu, kena injek,
    sakitnya sampai sekarang terasa.
    Nampak misi aje dah takut, ada yang nyorok bawah meja dsb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Fiza pun sama. Dua benda paling ditakuti masa sekolah rendah adalah buku hijau (cabut gigi) dan injection. Kecut perut tengok doktor dan nurse. 😂😂😂

      Delete
  2. Dulu paling best nampak lori milo..tapi kalau nampan van KKM..fuhhhhhhh..
    Alhamdulillah Alia tak demam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Pagi tadi pergi sekolah ok je 😊

      Delete
  3. teringat zaman sekolah rendah dlok marek. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah oo... Mun dikenang, rasa nak jak kembali zaman gik kecik 😂😂😂

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com