10 November 2018

Keluar Berdua Tanpa Anak-Anak

Assalamu'alaikum, 
Keluar Berdua Tanpa Anak-Anak | Harini Fiza dan encik suami keluar berdua ke bandar Betong. Tanpa anak-anak ok... Pergi pun ada tujuan. Malas nak bawak dorang menunggu lama² di bengkel. So, tinggal jela di rumah dengan maknek dorang. 

Tukar minyak hitam

Actually, adik yang mintak tolong tukarkan minyak hitam. Biasalah orang perempuan... Bila part service kereta. Mesti takut nak buat sendiri. So, lepas siap mandi apa semua... Anak² pun dah breakfast... Kami laki bini pun bergerak dalam jam 10 pagi. Tukar minyak hitam dan check apa yang patut... RM153 untuk bayaran... Then, dapatlah free gift bekas air kaca satu. 

Free gift tukar minyak hitam

Settle service kereta, kami ke kedai supersave pulak... Mencari barang buat goodies prasekolah kak Alia. 15hb nanti, dorang ada parti perpisahan dan sambutan birthday anak-anak. Cikgu takdelah kata wajib bawak goodies atau makanan... Tapi, untuk bagi anak-anak rasa seronok... Sekali-sekala kita reward dorang untuk prestasi sepanjang tahun... Apa salahnya kan...  Mesti kak Alia happy. Hehe... 

Settle carik goodies, singgah pulak kedai kuih. Beli sandwich buat alas perut. Then, sambung beli barang dapur sikit di kedai doraemon. Huhu... Jumpa buah kristal. Apalagi... Terus borong satu kilo. 

Barang dapur

Buah kristal
Dah habis buah kristal... Baru teringat nak ambik gambar. Haha... 

Siapa pernah makan buah kristal? 
Apakah rasa buah kristal? Ahhaaa... Kalau tanya Fiza. Rasa buah kristal manis dan sedikit rasa buah durian. Sedap la jugak... 

Ralit shopping... Sedar tak sedar, jam dah pukul 1 lebih dah. Terus ajak encik suami balik... 

Mainan dua ringgit

Lama oiii tak jalan-jalan berdua. Sekali jalan, amboiiii... Berejam-rejam. Sampai di rumah benda pertama anak-anak tanya "ada beli mainan tak?"... Walaupun Fiza beli mainan harga RM2 je, anak² tetap gembira... Terharu pulak bila Alia dan Ain mencium pipi bila dapat mainan haihh... Huhu... 

Alhamdulillah, segala urusan kami harini dipermudahkan. In shaa Allah, lain entri Fiza akan kongsikan DIY pembalut goodies pulak ye...

Bye... Have a nice day 😄

2 comments:

  1. Skali skala shopping + dating is good...Huhu...
    Brng2 mainan RM2 pun ok jgk..Anak2 sy suka je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Tapi, bila jarang keluar berdua... Otak asyik terfikirkan anak-anak kat rumah. Huhu...

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com