Assalamualaikum, hai...
Women Blue Rigor-W033, Jam Tangan Wanita Jenama Guess | Alhamdulillah, item pertama hasil daripada tebusan voucher Sopathon Blogger Contest dah pun sampai ke tangan Fiza semalam. 

Seawal jam 10 pagi, staff pos office menelefon Fiza bagitau ada parcel sampai. So, encik suami pun ambik selepas solat Jumaat. Terima kasih buat staff pos office yang sangat prihatin dan baik hati. 

Jam tangan wanita jenama guess

PENDAPAT TENTANG JAM TANGAN GUESS BLUE RIGOR-W033

So far, Fiza cukup puas hati dengan #teamlazada. Barang sampai selepas 3 hari tebusan dibuat. No wonder sampai awal, semenanjung je pun. Kan! Kalau dari luar negara tu... Nak kena tunggu dua minggu jugaklah alamatnya...

Kemudian, jam yang Fiza dapat pun sampai dalam keadaan yang sangat baik. Takde part yang rosak. So far, so good. Color item yang Fiza dapat pun sama dengan apa yang Fiza order. Rose gold plus biru... Sangat cantik. Sesuai sangat dipadankan dengan pakaian kasual.

Pendek kata... Secara keseluruhannya sangat puas hati. Alhamdulillah. Moga-moga 4 items seterusnya pun akan sampai dalam minggu ni jugak. Hehe...