Assalamualaikum, hai... 
Perkhidmatan Membuat Blog? | Alhamdulillah, ada jugak masa untuk update blog petang ni walaupun hakikatnya mood hampir-hampir ke laut 😜😆

Semalam masa borak dengan adik... Entah! Tiba-tiba je dia tanya Fiza... Tak nak buat service membina blog ke? 

Blog yang membuat service design blog

Actually, dalam hati Fiza ni memang NAK sekiranya ada yang berminat nak gunapakai perkhidmatan Fiza. Pasal charge tu takde la mahal sangat. Harga pun In Shaa Allah, bergantung kepada design yang orang nak. 

Dulu... Masa kat universiti ada jugak budak-budak fakulti lain mintak tolong Fiza buatkan blog untuk assignment dorang. Tapi, masa tu tak terfikir pun nak teruskan bisnes tersebut... Lagi-lagi bila laptop dah kondem. Then, mood melayan blog pun masa tu... Memang kelaut dalam. Tambah pulak, busy dengan kuliah... Tolong kawan pun disebabkan kesian. 

Kalau sekarang lainlah kan. In shaa Allah, if ada yang berminat boleh email Fiza ye. Lagi satu dah alang-alang bercakap pasal service. Fiza nak ambik kesempatan yang ada nak promote jugak perkhidmatan yang disediakan oleh adik Fiza sendiri. Now, dia tengah sambung master sambil ambik tempahan untuk perkhimatan design pelbagai seperti berikut :-
  1. Design logo produk
  2. Design baju
  3. Design brochure
  4. Design buku
  5. Design banting dan banyak lagi. 

Perkhidmatan pelbagai design

Jika berminat, bolehla ke laman sesawang https://pocketpixels.webs.com ok. In shaa Allah, harga jugak berpatutan.