Assalamualaikum, hai...
Pengalaman Menebus Voucher Di Lazada | Alhamdulillah, last week Fiza dapat email dari Lazada... Tak sangka pulak boleh menang tempat ketiga untuk Shopathon Blogger Contest... Hadiahnya adalah voucher sebanyak RM150. 

Apalagi, dapat je voucher code... Fiza terus survey, barang apa nak beli. Hehe... Sebelum ni, Fiza dah belikan encik suami kasut sukan, hasil duit daripada jobs review. Untuk voucher kali ni, Fiza bagi chance kepada Nur Ain dan Nur Qalesya untuk shopping... Sebagai reward untuk dorang yang sentiasa behave dan jugak atas kemajuan si kakak dalam pelajaran. So, antara barang yang kami beli adalah seperti berikut :-

Writting pad digital untuk kanak-kanak

#1. Kids LCD Writing Pad Digital Writer Kids Painting Drawing Board 
Untuk yang ni Fiza beli 2 set. Harga asal untuk dua set ialah RM150, tapi after less 67%... Dapatlah RM50 plus postage RM8.80. So, total up untuk writing pad ialah RM58.80. Jenama 2cool dan boleh digunakan untuk menulis dan mewarna. Size 8.5 inch dan mempunyi button untuk padam apa yang ditulis. The reason... Mengapa Fiza beli this produk ialah untuk ABM Fiza di rumah... Lebih-lebih lagi Fiza suka uji apa yang kak Alia dah belajar di sekolah. Kekadang Fiza sebut, dia tulis. Pendek kata, banyak aktiviti boleh dibuat dengan menggunakan writting pad tersebut nanti. In Shaa Allah...

Koleksi 366 Kisah NabiBuku search word yang memiliki mukasurat yang sangat banyak

#2. Bumper Joyful Word Search Dan 366 Kisah Rasulku Muhammad
Selain writting pad, Fiza jugak memilih bumper joyful word search dan 366 kisah rasulku Muhammad untuk anak-anak. Harga untuk dua buah buku ni after less adalah RM59.10 termasuk postage. Alhamdulilah, boleh tambah koleksi buku untuk anak-anak. Kan!

Jam tangan perempuan murah tapi cantik dan berkualiti

#3. Jam Tangan Women Blue Rigor
Jam ni pulak, Fiza beli sebagai reward untuk diri. Atleast ia menjadi pembakar semangat untuk terus menulis blog. In Shaa Allah... Harga asal untuk jam ni ialah RM197 dan after less 71%, dapatlah harga RM56.90 tambah postage RM10.30. So, total up untuk jam ni adalah RM67.20.

Jadi, jumlah keseluruhan untuk 5 items pilihan Fiza adalah RM185.10 tolak Voucher RM150... So, Fiza kena bayar baki RM35.10 sahaja. Best kan guna voucher. Sangat mudah, murah dan menjimatkan. Alhamdulillah...

BAGAIMANA CARA NAK TEBUS VOUCHER DI LAZADA?

Manakala, untuk cara penggunaan voucher pulak... Caranya sangat mudah. Setelah selesai memilih dan semasa hendak membuat pembayaran... Di bahagian bawah total up ke semua item, terdapat satu ruang kosong berlabel Enter Voucher Code. Isikan voucher code yang kita dapat kat situ. Kemudian, klik apply... Dan secara automatik sistem akan tolak RM150 daripada jumlah keseluruhan item. Bila dah dapat, bolehlah teruskan dengan pembayaran sekiranya terdapat lebihan harga. Mudah sangat.

Terima kasih kepada #teamlazada kerana telah memilih blog Fiza sebagai pemenang tempat ketiga untuk Shopathon Blogger Contest baru-baru ni.

Rezeki orang bagi, kita terima pun cukup suka hati. Alhamdulillah...

#tebusvoucher
#contestlazada