Pencicah Ikan Yang Sedap, Air Tangan Suami

Assalamualaikum, hai...
Pencicah Ikan Yang Sedap, Air Tangan Suami | Alhamdulillah, semoga urusan kita hari ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ 

Pencicah ikan!
Tajuk entri pertama Fiza untuk minggu ni. Alhamdulillah, semalam... Encik suami ringan tulang nak bantu Fiza di dapur. Fiza gorengkan ikan kembung, dia pulak sediakan pencicah ikan.

Ikan kembung goreng

Fiza sangat sukakan pencicah ikan yang dia buat. Cukup rasa dan pendek kata, memang sedap. 😅😆😜😋... Kalau tak isteri, siapa lagi nak puji suami. Kan?

As a blogger, kenalah update resepi pencicahnya di sini. Nanti, lupa bolehla rujuk balik. Al-maklumlah, kekadang... Benda simple pun, kita boleh lupa. Betul tak?

Resepi pencicah ikan sedap dan terbaik

Bagaimana cara nak buat pencicah ikan pekat dan sedap?

Nak buat pencicah ikan ala encik suami punya, bahan yang kena ada adalah seperti berikut :-
  1. 2 ulas bawang putih
  2. 2 biji cili padi
  3. 2 biji limau kasturi
  4. 3cm halia
  5. Kicap dan
  6. Sos
Cara membuatnya pulak... Pertama sekali, tumbukkan bahan-bahan seperti cili, bawang putih dan halia. Kemudian... Masukkan sos, kicap dan perahan air limau kasturi. Gaulkan sehingga sebati. Siap!

Seandainya rasa kurang pedas, tambahkan cili mengikut selera masing-masing ok. Kemudian, untuk sos tu... Sebenarnya, untuk memekatkan pencicah, selain daripada memberi rasa. Nak letak pun boleh, tak nak letak pun takpe...Tapi, Fiza lebih suka letak... Sebab lagi sedap rasanya.

Seriously, memang sedap dan terbaik. Alhamdulillah, setakat ni Fiza sukakan pencicah yang encik suami buat. Menepati selera anak tekak dan rasanya pun sangat sesuai untuk ikan kembung goreng.

Alhamdulillah, rezeki makan malam kami yang cukup mengenyangkan... Walaupun menunya, hanyalah sekadar ikan kembung goreng dan buah labu rebus je.

#resepi
#pencicahikan

Post a Comment

11 Comments

  1. makan dengan nasi panas, menambah2 punye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Haha. Walaupun makan dengan ikan je... Pun bertambah².

      Delete
  2. Selalu guna cili padi dengan bawang putih jer. Haa nak kena try la resepi ni tengok pun dah terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza pun selalu guna bawang putih dan cili je. Tapi bila encik suami pelbagaikan bahan... Boleh tahan jugak rasanya.

      Delete
  3. Wow lagi sedap sebab suami yang buat. Tol x fiza? 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Dorang dalam diam reti jugak masak. Kan?

      Delete
  4. org lelaki kalau masak mmg sedap walaupun jarang masuk dapur. sy pun suka bila makan makanan yg suami masak. siap bertambah lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal... Bila fiza tambah nasi. Tetiba fiza senyum sendiri... Tak sangka pulak, apa yang suami buat boleh menyebabkan fiza rasa nak tambah nasi. Haha...

      Delete
  5. Samalah LZ pun suka bila husband masak.. Malangnya sesekali masak itulah yang sedap.. Pencicah ikan ni akan LZ cuba satu hari nanti..

    Thanks for sharing Fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan... Sekali dorang masak. Boleh tahan jugak skill dorang. Kan? 😆👍

      Delete
  6. Sedapnya. lagi lagi kalau suami yang sediakan tu.

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita