Assalamualaikum, hai...
Bahagia Bukan Bidaan TV3 | Drama bersiri terbaru yang bakal menggantikan drama Semerah Cinta Humairah di Slot Samarinda TV3. Drama yang merupakan adaptasi novel Bahagia Bukan Bidaan karya Hessa Widad tersebut juga akan mula disiarkan pada minggu hadapan, 3 September 2018 dengan episodnya yang berjumlah 15 episod.


Bahagia bukan bidaan

Antara pelakon dan watak yang mereka bawa dalam drama bersiri tersebut adalah seperti Nora Danish sebagai Ain Farhana, Adi Putra sebagai Nik Zachary, Zamarul Hisham sebagai Azlan dan Ika Nabella sebagai Aina.

SINOPSIS DRAMA BERSIRI BAHAGIA BUKAN BIDAAN DI SLOT SAMARINDA TV3

Berdasarkan sumber, drama Bahagia Bukan Bidaan mengisahkan tentang Ain Farhana yang sanggup mempertahankan rumah tangganya yang terbina dengan Azlan selama 16 tahun demi anak mereka. Namun, Hana bertekad ingin bercerai selepas mengetahui Azlan mempunyai skandal dengan Aina, eksekutif yang bekerja di syarikat sama. Hana tidak tahan lagi dengan sikap Azlan yang tidak pernah berubah. Azlan yang dicabar menceraikan Hana dengan talak satu mahu rujuk kembali. Hana yang telah menolak permintaannya, dihalang oleh Azlan untuk berjumpa dengan anaknya. Hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan.

Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik Zachary tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bergelar suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap.

Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelengu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua. - Myinfotaip

REVIEW NOVEL BAHAGIA BUKAN BIDAAN DARI PARA PEMBACA

Save the date ok! Sebab berdasarkan review yang telah dibuat oleh para pembaca novel tersebut, rata-rata mengatakan novel Bahagia Bukan Bidaan sangat menarik... Sampaikan ada yang sanggup ulang baca novelnya.


Novel bahagia bukan bidaan
Kredit : Screenshot dari goodreads

Bila dah diadaptasi, berkemungkinan terdapat sedikit perubahan. Adakah gandingan Adi Putra dan Nora Danish mampu menarik minat penonton untuk menontonnya... Semuanya akan terjawab apabila drama adaptasinya akan mula ditayangkan nanti.

Kekadang, kalau pelakon tak serasi... Penonton tak menjiwai jalan ceritanya. Tak mustahil ramai yang tak menonton. 


Bahagia bukan bidaan
Kredit : Screenshot dari wattpad

Walaubagaimana pun... For those yang nak beli novel Bahagia Bukan Bidaan, di Shopee pun turut menjualnya... Tak pun beli secara online di mph. Tapi, Fiza tengok ada jugak yang share novel online untuk Bahagia Bukan Bidaan di wattpad.com. In Shaa Allah, ada masa nanti bolehla curi-curi baca. Hehe...

Demikianla serba sedikit maklumat mengenai drama bersiri terbaru di slot Samarinda yang akan ditayangkan selepas drama Semerah Cinta Humaira. 

Semoga bermanfaat buat semua.

#Dramabersiriterbaru
#SlotSamarinda
#BahagiaBukanBidaan
#BBB