Assalamu'alaikum, hai... 
Sinopsis episod akhir Mr. Grey | episod 13, 14,15,16 17,18 dan 19 Fiza tak berkesempatan nak update lagi... Sebab dua episod tak tengok lagi... Top-top) pagi tadi layan episod akhir jam 10. In Shaa Allah, nanti Fiza update

Bagi episod 20, bermula di rumah Mr. Grey di KL... Nisa Ardina di serang oleh seorang lelaki bertopeng... Namun, sempat di lawan oleh peguam Mr. Grey... Akhirnya mereka tahu bahawa orang itu adalah Nabil juga merupakan pekerja di Puncak Angkasa. 

Siapa Nabil dalam Mr. Grey

Namun, Nabil terangkan perkara sebenar daripada A to Z bahawa apa yang berlaku sebelumnya adalah atas arahan Mr. Grey... Tujuannya untuk mengetahui kegiatan Mr. Red di Puncak Angkasa. Tak sangka juga Tok ayah Mr. Grey pun bersubahat pecah amanah. 

Paginya, semua ke Puncak Angkasa untuk mendengar sidang media yang dibuat Mr. Grey... Untuk mengumumkan siapakan pemegang share syarikat. Setelah mengetahui Nisa Ardina adalah pemegang Share terbesar... Tok ayah Mr. Grey dan Mr. Red marah... Tiba-tiba datang pihak polis untuk menangkap mereka.... Lalu Mr. Red mengacukan pistol kepada Mr. Grey... Tetiba Nisa ke hadapan, Ilham pulak cuba menjatuhkan Mr. Red. Namun, Ilham meninggal di situ disebabkan terkena tembakan Mr. Red. 

Scene terakhir... Selepas arwah Ilham selamat dikebumikan... Nisa dan Mr. Grey berjumpa mommy Mr. Grey untuk memohon maaf. Puan Salmah pun terima dan tiba-tiba Nisa sakit perut. Top-top lahir baby lelaki kembar... 

Masa di kampung, Nisa bagitau Mr. Grey yang dia nak bekerja. Mr. Grey pulak seperti tidak membenarkan. Namun megadrama Mr. Grey tamat dengan scene Nisa, Mr. Grey dan anak-anak masuk tidur dalam gelap... Melalak Nisa. Dia kan takut gelap... Haha... 

Begitulah sedikit gambaran untuk episod akhir Mr. Grey. Dengar cerita... Next megadrama terbaru yang gantikan Mr. Grey adalah Rahsia hati perempuan. Betul ke tidak, kenalah tunggu 14 Mei next week... 

Salam Jumaat all...