Assalamu'alaikum, hai... 
Drama klik! Pengantin Musim Salju  | Berdasarkan sumber blog gempak, Drama Klik pengantin musim salju akan mula ditayangkan di slot Megadrama, 7 Malam, Astro Ria 104 bermula 14 Mei 2018. Merupakan drama adaptasi novel 'Pengantin Musim Salju' karya Suri Ryana dan mengandingkan Alif Satar dan Siti Nordiana sebagai teraju utama. Turut membintangi ialah Adam Lee, Lan Solo, Cik Manggis, Norlia Ghani, dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh sutradara Hadith Omar. Berikut adalah antara watak yang terkandung di dalam drama tersebut, iaitu :-

Klik! Pengantin musim salju

WATAK PELAKON DALAM KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU

Alif Satar sebagai Adam Putra
Siti Nordiana sebagai Kasih Lateefa 
Adam Lee sebagai Hud Mikael
Norlia Ghani sebagai Tengku Maryam 

SINOPSIS KLIK!  PENGANTIN MUSIM SALJU
Mengisahkan tentang Adam Putra di mana, demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir

Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?

PENDAPAT TENTANG MEGADRAMA JAM 7 MALAM
First things first, Fiza baru perasan... Rupanya jam 7 malam setiap Isnin hingga Khamis ada slot Megadrama tau di Astro Ria... Dan yang tengah bersiaran bulan ni adalah ulangan megadrama lafazkan kalimah cintamu. So, tak terkejutlah jika ada Megadrama terbaru akan ditayangkan seterusnya. Maybe strategi pihak Astro... Marketing kan. Tak dapat tengok, dorang ada je record service, janji bayar. Hahaha. Tapi, Fiza jarang nak record. Ada masa tengok je kat youtube. Telco sekarang banyak yang tawarkan youtube walla RM1, 1gb... Guna jelah keistimewaan yang ada. Hehe... 

Tapi kan, macam mana pulak Megadrama jam 10 malam?... Tetap ada jugak, kalau menurut blog gempak... Megadrama yang bakal menggantikan Mr. Grey adalah Rahsia hati perempuan. In Shaa Allah, ada masa nanti Fiza update info ringkas mengenainya. 

REVIEW NOVEL KLIK!  PENGANTIN MUSIM SALJU DARIPADA PARA PEMBACA


Rata-rata mengatakan novelnya best dan ringan untuk santapan minda. Ramai yang bagi positive feedback. Diharap, bila ianya diadaptasikan ke dalam drama... Lagi best kan. For those yang nak baca novel ni online, rasanya banyak link yang berkongsi mengenainya. Just google it's ok

In Shaa Allah, jika berpeluang nanti Fiza akan update sinopsis episode by episode. In Shaa Allah... 

Kredit Sumber :
www.gempak.com/artikel/9461/astro-perjelas-sebab-klik-pengantin-musim-salju-ditayangkan-jam-7-malam

#MegadramaTerbaru7Malam
#Klik!PengantinMusimSalju