Assalamu'alaikum, hai... 
Sinopsis episod 9 Mr. Grey | Sambungan cerita Mr. Grey dan Nisa ditangkap khalwat. Nasib baik Nurul Jannah tetiba bangun dalam gelap. Rupanya dia ada je dalam rumah. So, mereka tidak disabitkan kesalahan

Mr. Grey kena marah dengan mommy dan tuk ayah dia. Nisa pulak dibuang kerja. Dalam masa yang sama, Mr. Grey juga meluahkan perasaan dia terhadap Nisa. Ilham jugak turut mengetahui akan kejadian itu melalui akhbar. Namun, Nisa mohon agar dia tidak menceritakan hal tersebut kepada maknya di kampung. 

One day, Nisa pun dapat kerja online di butique... Atas bantuan Nurul Jannah. Si Mr. Grey pulak dah buat keputusan untuk berkahwin dengan Nisa dan sanggup letak jawatan sebagai CEO Puncak Angkasa. Semua staff Mr. Grey menerima nasib yang sama... Terpaksa dipindahkan ke pelbagai jabatan. 

Bila Mr. Grey letak jawatan... Dia jugak sanggup bertanggungjawab atas apa yang berlaku, walaupun hakikatnya dia dan Nisa tak bersalah. Siap hantar cincin tau kat mak Nisa. Apalagi... Mak Nisa pun call Nisa... Tanya setuju ke tak? Lansung takde jawapan. 

Kredit Gambar : Google image

Kemudian, Kak Ain jugak bagitau Nisa yang Mr. Grey nak buat sidang akhbar untuk jelaskan apa yang berlaku... 

Apalagi, Nisa ambik peluang ajak Jannah menyamar di sidang akhbar tersebut. Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah Mr. Grey mengaku yang dia cintakan Nisa... Kenalah tengok sambungannya malam ni dalam episod 10.