Assalamu'alaikum, hai...
Sinopsis episod 2 Mr.Grey | Semalam, Fiza tak berkesempatan pun tengok Mr.Grey on time. Lepas temankan Kak Alia belajar, gara-gara pening kepala... Fiza terus tidur. Lansung tak layan.

[Baca tak entri berkaitan?]

Nasib baik pagi ni ada ulangan jam 10 pagi. Lepas semua kerja rumah siap, Fiza pun duduk depan tv bertemankan si Ain. Sambil mengait tempahan kait, mata sesekali terpana di screen tv. Minat punya hal. Sanggup buat dua kerja dalam satu masa. Hahaha... 


Kredit Gambar : Instagram @eyra.hazali

Scene bersambung dengan kisah Nisa Ardina di panggil masuk ke bilik oleh Mr.Grey. Nisa cuak. Masuk-masuk je terus minta maaf bagai. Minah mulut banyak betoi. Haha... Tapi terdiam bila Mr.Grey cakap diam.

Tujuan Mr.Grey panggil Nisa masuk bilik adalah menerangkan hal sebenar apa yang berlaku antara dia dan Mrs. Jane a.k.a Nurul Jannah, tuan punya rumah tempat Nisa tinggal. Dia tak nak Nisa pikir yang bukan-bukan terhadap dia.

Bila balik rumah, Mr.Grey kena sound dengan mommy dia... Sebab bawak Jane di birthday party atuknya. Sekali lagi mommy dia mengingatkan tentang jawatan pengarah syarikat... Jangan sampai jatuh ke tangan Red.

Ketika Ilham membeli desert, tetiba dapat panggilan dari Nisa. Kemain dia, siap cakap dia tak angkat call malam-malam kalau perempuan call. Bila tahu Nisa yang call... Menggatalla pulak. Biasalah, orang dah suka... Kata-kata kemain manis lagi. Nisa call saja je nak bagitau yang dia boleh call guna nombor phone baru syarikat bagi kat dia sekiranya ada apa-apa hal.

Bila dah letak phone, tetiba Mr.Grey call Nisa pulak. Suruh berhati-hati dengan Mr.Red. Siap melawak lagi dengan Nisa... Tak nak tahu ke dari mana dia dapat nombor phone bagai... Dah tu soalan tergantung tanpa jawapan... Terus letak phone.

Pagi masa Nisa tunggu depan lif, terserempak dengan Nadin. Kena sound pulak dengan Nadin. Siap bagi amaran suruh jaga perangai pulak dah... Jangan nak menggatal dengan Mr. Red. Tu kisah Nadin... Bila masuk office pulak... Kena siasat pulak dengan Kak Ain. Yelah, Kak Ain pelik la jugak... Jarang Mr.Grey nak berbual dengan staff... Nasib baik Nisa pandai cover... Kalau tak, banyaklah soalan Kak Ain tanya. Haha...

Lepas jumpa tok ayah, Mr.Grey kelihatan marah lalu menyuruh Nisa sekali lagi masuk bilik. Nampak je seperti marah, tapi saja je nak bergurau dengan Nisa. Tujuan dia panggil Nisa masuk adalah nak bagitau hal dia dengan Jane dah selesai. Dia dah terangkan semuanya kepada atuknya.


Nisa Ardina dan Kak Ain

Masa keluar dari Bilik, Kak Ain termenung. Dia siap bagitau Nisa yang Mr.Grey sakit. Kanser hati. Suka sangat bergosip. Entah mana dapat cerita... Tetiba timbul pulak pasal Mr.Grey sakit.

Apalagi, Nisa siap carik info lagi pasal penawar kanser. Bila tahu pasal pokok belalai gajah boleh jadi penawar, dengan kadar segera dia call ibunya di kampung suruh bagi pokok belalai gajah dengan Nurul Jannah. Tapi, Ilham tawarkan diri untuk hantarkan pokok tersebut dengan Nisa memandangkan ada urusan di KL.

Balik dari lunch, sekali lagi Mr.Grey terserempak dengan Kak Ain dan Nisa. Mr.Grey mintak Kak Ain bawak Nisa sama bila meeting di luar esoknya, supaya Nisa boleh belajar sesuatu. Tapi, Kak Ain pepandai je kata Nisa tak boleh ikut sebab nak jumpa boyfriend datang dari kampung. Nisa terkejut... Mr. Grey pulak buat reaksi sakit dada... Sambil berkata... Hati terluka. Haha... Pandai sungguh bergurau. Tapi, episod 2 semalam tamat di situ... Nak tahu sambungannya, kenalah tengok episod 3 malam ni.

#MegadramaTerbaru
#MrGrey
#NisaArdina