Assalamu'alaikum,  hai... 
Sinopsis episod 14 tak ada cinta sepertimu | before Fiza up entri lain... First entri mestilah drama hot minggu akhir minggu ni... Scene mak dan ayah Hasran menyewa homestay sebelah rumah Athea. Dengan harapan... Nak mengenali Athea. Kiranya kes menyamar la. Siap mintak tolong dengan Athea pulak mak Hasran... kemaskan rumah. Dari situlah dia mula mengorek rahsia Athea. Bermacam-macam persoalan dia lontarkan kepada Athea sewaktu Athea di rumahnya. Sehinggakan Qayyum pun berasa hairan. Padahal baru je kenal. 

Kredit gambar : Dailymotion

Dalam masa yang sama, Hasran datang ke rumah Athea untuk tolong Athea menjaga ayahnya. Namun, Athea tetap tak nak layan Hasran. Hari berlalu dengan rutin yang sama... Athea jaga ayahnya, uruskan Qhalif dan Qayyum sambil buat bisnes online dari rumah... Hasran pun setiap hari datang tapi layanan Athea tetap sama. Namun,  dengan jiran baru pulak... Hubungan mereka semakin baik, siap hantar kuih jala. Kemain mak dan ayah Hasran makan kuih jala pemberian Athea. Sedap lah tu. 

Walaupun begitu, ibu Hasran masih lagi ragu-ragu dengan kehendak Hasran, memandangkan Athea seperti tidak suka akan anaknya. Satu hari, mak ayah Hasran datang ke rumah athea seawal pagi, jadinya Athea jemputlah dorang sarapan sekali. Kebetulan Hasran datang. Apalagi, dorang pun breakfast la bersama. Dari situla mak Hasran cuba untuk memerangkap Athea dengan persoalan... Kenapa tak kawin je. Tak takut ke kena tangkap khalwat? 

Athea terus beredar pergi ke dapur. Hasran pun tak senang duduk dibuatnya. Selesai episod breakfast bersama... 

Hari-hari berlalu pergi. Cinta Hasran lansung tak bersambut. Namun, ayah Athea semakin pulih. Semuanya dek kerana kerajinan Hasran yang sanggup datang semata-mata nak urut ayah Athea. Azam sekali lagi datang untuk mencari Athea. Adakah dia berjaya jumpa Athea

One day, sekali lagi Hasran meluahkan rasa cintanya kepada Athea. Tapi, same things... Jawapan tetap sama. Hasran pasrah. Adakah cinta mereka berakhir di situ? 

Muncul pulak kisah mak Ani yang nak balik semula dengan ayahnya. Namun, lansung tak di endahkan oleh ayahnya. Apakah yang bakal berlaku seterusnya... Kenalah tengok episod 15 malam ni. 

#megadramaterbaru
#takadacintasepertimu