Assalamu'alaikum, hai...
Menyemak kekuatan blog melalui Website Grader Hubspot | Alhamdulillah, masa blogwalking... Fiza tertarik dengan entri di blog encik Hasrul Hassan mengenai "Semak kekuatan blog menerusi website grader hubspot". Website Grader menawarkan perkhidmatan untuk semak kekuatan sesuatu laman. Apalagi, blogger hebat pun dah mencuba. Tak kan Fiza nak lepaskan peluang jugak kan.



CARA SEMAK KEKUATAN BLOG ATAU SEO MENERUSI WEBSITE GRADER HUBSPOT

Untuk semak kekuatan blog atau SEO, pertama sekali kena pergi ke lamannya DI SINI, masukkan url blog kita. Tunggu beberapa saat atau minit... Bergantung kepada kelajuan internet, ia akan automatik menunjukkan keputusan kekuatan blog kita dari segi :-

01 | Score performance
02 | Mobile
03 | SEO
04 | Security
05 | Speed
06 | Page redirects

Alhamdulillah, untuk blog fizacrochet, berikut adalah score yang Fiza dapat.

01 | Score performance, 22 out of 30
02 | Mobile, 30 out of 30
03 | SEO, 30 out of 30
04 | Security, 10 out of 10
05 | Speed, Nice work with 2.1 Second
06 | Page redirects, Perfect and No redirects detected.


Kemudian, score keseluruhannya pulak adalah 92%. Alhamdulillah, keputusan yang cukup memotivasikan. Tapi, musykil jugak... Kenapa result Fiza lebih kurang sama dengan keputusan yang encik Hasrul Hassan dapat. Yelah, blog Encik Hasrul Hassan sarat dengan informasi. No wonder sistem carian suka. Tapi, blog Fiza pulak... Entri baru je 1K lebih... Jauh tu perbezaannya. Accurate ke tidak resultnya, berblog tetap jugak. Kan?

#ScoreGrader