Assalamu'alaikum, hai... 
Halalkan hati yang kucuri, adakah bakal menggantikan cinta fatamorgana? | Anak-anak dah tidur, encik suami pulak tengah siapkan kerja sekolah yang masih berbaki. Sebagai blogger kononnya, kenalah pandai mencari peluang dan ruang... Sambil temankan encik ying buat kerja. Haha... Apalagi, kenalah curi masa untuk mencari maklumat yang terlintas di fikiran dengan mengunakan kuasa enjin carian... Sambil-sambil tu scroll fb, kot-kot ada status terbaru yang frendlist update'kan... 

Seperti biasa, Fiza jugak akan skodeng page Drama Adaptasi Novel. Latest update pasal drama terbaru di slot akasia pada bulan Ramadhan nanti... Berjudul halalkan hati yang kucuri... Akasia yang tengah ditayangkan sekarang ni... Setahu Fiza cinta fatamorgana, 27 episod. Mean, jika benar bagaikan di kata pada status tersebut... Bermakna drama halalkan hati yang kucuri lah yang bakal gantikan cinta fatamorgana. 

Menurut laman myinfotaip, drama ni jugak merupakan adaptasi daripada sebuah novel... Halalkan hati yang kucuri karya Mia Kiff. Dibintangi oleh Aliff Aziz sebagai Faiq, Farah Nabilah sebagai Delisha, Shah Iskandar sebagai Zainal, Mimi Lana sebagai Salima dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Hashim Rejab dibawah terbitan produksi Country & Universal Sdn Bhd. 

Akasia terbaru halalkan hati yang kucuri

SINOPSIS HALALKAN HATI YANG KUCURI

Mengisahkan tentang Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. 

Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai

Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?

REVIEW NOVEL HALALKAN HATI YANG KUCURI

Akasia terbaru

Berdasarkan sinopsis dan review macam best kan... Namun,  masa tayangan tetap tak sesuai. Tapi takpe, zaman dah moden. Boleh je record. Tak pun tengok online di Youtube. Kan? In Shaa Allah, akan tengok jika berpeluang. Kebiasaannya, kalau Fiza update dari A to Z pasal sesuatu drama... Bermakna layanlah tu... Kalau takde, faham-faham jelah... 

#AkasiaTerbaru
#DramaAdaptasiNovel
#HalalkanHatiYangKucuri