Assalamu'alaikum, hai...
Weekends dua hari lepas, korang buat apa?, Fiza pulak... Takde tempahan kait masuk... Layankan jelah dua orang budak di rumah. Nak jalan-jalan malas pulak. Lagipun, cuaca di luar panas terik. So, kami pilih untuk duduk di rumah sambil menternak lemak. Haha...

Pagi breakfast dengan canai sekeping 1 ringgit. Murah kan? Encik suami beli sepuluh keping, penjualnya sedekahkan sekeping. Alhamdulillah, semoga rezeki dia mencurah-curah. Siap breakfast, start la general cleaning... Budak Fiza tinggalkan dengan encik suami. So, bolehlah Fiza kemas rumah tanpa gangguan. Siap mengemas, terus masak untuk lunch... Biasanya jam 11 pagi, Fiza dah start masak dah. Mesti makan on time, duabelas... Duabelassetengah gitu. Alhamdulillah, menu biasa-biasa je. Janji suami dan anak-anak suka. Kenyang... Bareh!!!

Lepas Zuhur, spent time dengan anak-anak... Buat aktiviti dengan dorang. Tetiba Alia mintak nak gunting kertas. Dia memang cukup suka dengan gunting. Malah, gunting Fiza selalu kena rembat dengan dia. Sabar jelah...

hujung minggu

Betapa khusyuknya dia menggunting... Sampaikan Fiza snap gambar pun dia tak perasan. Bosan menggunting, sambung pulak dengan aktiviti mewarna. Si adik pulak sibuk nak susun bongkah kayu... Bila jatuh, gelak sakan. Betapa gembiranya dorang. Alangkah bahagianya kan... Dunia kanak-kanak, lansung tak fikir pasal masalah. Tapi kan... Masa begitu pantas berlalu. Satu ketika nanti, mesti Fiza akan rindui zaman kanak-kanak dorang

Bila anak dah start menggunting... Cebisan kertas pasti bertebaran di segenap ruang rumah. Budak baru nak up... Tak perlula nak di marahkan, tapi nasihatlah dengan penuh berkhemah. Actually, anak-anak mendengar kata sebenarnya... Andai kata kita mampu tackle hati dorang... Dengan layanan penuh kasih sayang. Percayalah... Namun, sebagai manusia biasa... Ada waktu kesabaran kita jugak diuji.  Tapi, kena cepat-cepat tukar emosi... Fiza tak nak anak-anak jadi tempat kita melempiaskan amarah. Cuma satu jelah... Sifat ketegasan dalam kelembutan kena ada... Supaya dorang berdisiplin dan tahu nak bertanggungjawab ke atas apa sahaja dorang buat. Lepas menggunting selalu ajar dorang kutip balik cebisan kertas walaupun ada ketika dorang culas untuk habiskan. Biasalah... Dorang hanya tahu nak berseronok je. Kan?

Aktiviti menggunting memanglah agak leceh... Tapi, sebalik aktiviti menggunting, ada faedahnya... Salah satunya, Ia mampu menguatkan otot jari anak-anak untuk lebih fleksible. Ia sangat membantu anak-anak supaya boleh menulis dengan baik. Kiranya tak kelihatan kekok la nak menulis. Salah satu tips nak tingkatkan kuasa penulisan anak-anak ye... Tak silap Fiza pernah baca di laman Pa&Ma

Selesai aktiviti... Belah petang Alia dan Ain temankan encik suami cuci kereta. Fiza pulak masak untuk dinner. Seawal jam 6.30 petang kami dah makan malam, Supaya... Selepas 30 minit, makanan dah dihadamkan dengan baik... Bolehlah start baca buku.

Before tidur, Sambung pulak dengar kak Alia membaca buku... 15 minit pun jadilah. Rutin yang tak pernah kami skip. Fiza percaya... Belakang pisau yang tumpul pun boleh tajam... Inikan pulak manusia. Namun, Biarlah dia buat tanpa rasa dipaksa. Alhamdulillah... Bila dah terbiasa, every night Alia akan cari buku untuk dibaca. Walaupun masih lagi tak lancar, Fiza tetap bangga dengan dia... Tak pernah nak merunggut bab-bab sekolah. Sangat excited orangnya. 

Selesai semua apa yang patut... Sharp jam 9 malam, anak-anak wajib tidur. Dari baby lagi Fiza dah latih. Alhamdulillah... Until now, bila Fiza kata... Masuk tidur je. Dorang terus tidur. Tapi, Fiza takdela sekejam tu... Takde dalam kamus hidup fiza nak latih anak ala tentera. Ada masa, Alia request nak layan tv... Fiza bagi je kebenaran. Why? Kalau tengok tv pun... Before jam 11... Dah terbongkang dah depan tv... Alia dan Ain mana pernah tidur lewat...Sudahnya, Fiza jugak yang pergi bawak masuk bilik... 19kg (Alia) plus Ain... Terasa semput oii, nak angkat dorang. Haha...

Begitulah antara aktiviti weekend kami. Takde yang menarik pun, namun... Sekadar untuk memenuhi memori blog ni.

Terima kasih ye pada yang sudi singgah dan baca entri blog Fiza.