Assalamu'alaikum, hai...
Powerbank pouch kait | Antara tempahan kait yang Fiza terima. Selain aktif berblog, Fiza jugak ambik tempahan mengait. Bisnes Fiza takdelah hebat sangat. Atleast, sambil jaga anak... Boleh jugak tambah pendapatan seposendua. Alhamdulillah...

Siapa nak order, boleh drop mesej di 0138821296, Just bagi saiz powerbank... Nak color apa, if ada pattern pilihan sendiri pun boleh request... In Shaa Allah, akan Fiza tolong buatkan. Then, siap dalam masa dua ke tiga hari selepas pembayaran. Biasanya Fiza akan book tarikh post lepas customer buat pembayaran... Kiranya order with payment lah...


Amboi! Nak kena bayar dulu...

Fiza buat terma dan syarat begitu bagi memudahkan proses jual beli sebenarnya. Al-maklumlah, rambut je sama hitam... Tapi, hati lain-lain. Manusia ada pelbagai jenis. Ada yang tempah, terus bayar tanpa banyak soalan. Ada yang jenis... Dah tempah, bila dah siap... Boleh pulak buat-buat lupa. Ada yang dah bayar... Acapkali bertanya dah siap ke belum... Padahal tarikh pos dah bagi dah.... Pendek kata, banyaklah ragam nak kena hadap. So, untuk tidak merugikan kedua-dua belah pihak... Kenalah ada rules untuk memudahkan proses jual beli. 

Namun, setakat ni... Customer Fiza semuanya baik-baik belaka. Kekadang Fiza pulak takut tak boleh nak siapkan tempahan on time. That why, dapat je tempahan... Fiza terus start buat. So far, perjalanan jualan dan tempahan barangan kait Fiza berjalan dengan lancar. Doakan semoga Fiza terus istiqomah dalam bisnes ini yer.

Ada banyak lagi contoh tempahan barangan kait yang Fiza buat. Nak tahu lebih lanjut... Bolehlah intai-intai intagram fiza_crochet. Hehe....