Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017 | berlansung selama sebulan lebih iaitu bermula pada 01 November sehinggalah 14 Disember 2017. Bermakna, masih berkesempatanlah Fiza nak sertai. Menang atau tak, itu rezeki masing-masing. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia... Takde siapa yang tahu. Mana tahu ada rezeki Fiza nanti untuk penghujung tahun 2017, ye tak? Amin...

Bagi melengkapkan penyertaan, Fiza harus menjawab empat (4) soalan yang disediakan oleh pihak Lazada sendiri. Antara soalannya adalah seperti berikut :-

a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?
Semestinya ingat, Pertama kali membeli atas talian dan Lazada pula menjadi pilihan. Tak silap tahun 2014, Fiza beli Powerbank Universal Dual-Port 20000mAh. Tak silap pernah publish entrinya DI SINI. Alhamdulillah, sampai sekarang masih elok dipakai. Mula-mula beli memang tak yakin barang sampai ke tidak. Tapi, Fiza berani mengambil risiko dengan membeli powerbank tersebut yang beharga RM35 setelah potongan harga. Tak sangka, dalam masa beberapa hari barang sampai ke rumah. Malah, dalam keadaan yang sangat memuaskan hati. Terima kasih Lazada. Bermula dari situlah, Fiza mula berani membeli belah di Lazada dan beberapa laman web yang lain sehinggalah sekarang. Kenapa? Akan Fiza ceritakan pada soalan seterusnya. 

b. Which types of products would you prefer buying online?
Jenis produk yang selalu menjadi pilihan bila membeli atas talian pula adalah gadget seperti powerbank, usb dan sebagainya. Tak silap selepas powerbank, Fiza juga turut membeli usb otg dan pernah kongsikan mengenainya DI SINI. Selain tu juga, Fiza suka beli produk kecantikan, alatan menjahit dan mengait a.k.a crochet.

c. What do you love about online shopping?
Terdapat beberapa sebab kenapa akhirnya Fiza suka membeli atas talian, antaranya ialah:-

Pertama, membeli atas talian dapat menjimatkan masa Fiza. Tak perlu keluar rumah dan bersiap bagai dengan anak-anak. Padahal, dengan membeli atas talian...Semuanya di hujung jari. Pendek kata, time layan tv pun boleh shopping jika hendak dibandingkan membeli-belah di shopping kompleks.

Bukan sahaja masa dapat dijimatkan, malah tenaga juga turut dapat dijimatkan. Almaklumlah, bila ada anak kecil membeli-belah di mall banyak memerlukan tenaga. Yelah, dengan barang yang dibeli, dengan anak-anak lagi nak kena dukung. Sangat memenatkan bukan. Dengan membeli atas talian, semuanya di hujung jari. 

Kemudian, wang juga dapat dijimatkan. Membeli-belah atas talian tak sama dengan membeli-belah di mall. Atas talian, setiap masa kita boleh semak potongan harga barang yang ditawarkan. Contohnya 12-14 Disember nanti, Lazada menawarkan potongan harga hingga 90%. Malah, ada barang dijual dengan harga RM1. Bukankah dapat menjimatkan wang. Kena rebut peluang tersebut.

Selain menjimatkan wang, kita juga dapat membandingkan harga dengan mudah dan cepat. Kalau di shopping kompleks, rasanya sangat susah untuk bandingkan harga. Larat ke nak pergi satu kedai ke satu kedai semata-mata nak bandingkan harga. Memang taklah jawabnya kan. Itu antara empat faktor utama mengapa Fiza lebih suka membeli di atas talian.

d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?


Dalam perancangan bersempena online revolution sales, Fiza nak beli 8 in 1 Multi-functional Electric Pressure Cooker 6L. Di mana harga asalnya adalah RM680, dan setelah potongan harga 71%, harganya jatuh menjadi RM199 sahaja. Sangat jauh perbezaan harganya bukan.  Periuk yang sangat-sangat diidamkan kerana fungsinya yang pelbagai . Almaklumlah, bila ada anak kalau boleh semua kerja nak cepat. Memandangkan zaman sekarang banyak kemudahan elektrik yang canggih, apa salahnya kita membeli dan lebih-lebih lagi membeli atas talian. Banyak potongan harga yang ditawarkan.

Kepada yang nak sertai Lazada Online Revolution blogger contest seperti Fiza, bolehlah klik pada banner di bawah untuk mengetahui terma dan syarat untuk menyertainya.


Banyak tau... Hadiah-hadiah yang ditawarkan. Jom ramai-ramai sertai contest ni. Mana tahu ada rezeki. Siapa tahu, ye tak?