First time layan super spontan superstar 2016 | Jangan gelakkan aku ok! Serius before ni tak pernah layan super spontan tau... Entah! Semalam boleh pulak terlayan sampai habis bila adik tukar channel warna. Aku kalau takde maharaja lawak mega... Memang jarang nak tengok channel warna. Lagi beranak kecik... Masa menonton aku memang terhad. Kalau tengok tv pun... Tak sampai setengah jam, confirm tv tengok aku. Kecuali... Kalau ada rancangan tv yang menarik minat. Sanggup cari kudapan untuk elak daripada mata mengantuk. Hahaha...

Sumber gambar adalah daripada blog myinfotaip

Untuk makluman, rancangan super spontan superstar 2016 bersiaran selama 10 episod bermula semalam, setiap Jumaat 10 malam. Menampilkan 16 peserta terdiri daripada para selebriti dan pelawak popular tanahair. 16 selebriti dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Harimau Hipster dan Monyet Mafia... Diketuai oleh Johan Raja Lawak dan Tauke Raja Lawak. Berikut antara barisan peserta yang masing-masing mewakili Harimau Hipster dan Monyet Mafia.

HARIMAU HIPSTER
1. Tauke
2. Abam Bocey
3. Syuk Joras
4. Fad Bocey
5. Zulin Aziz
6. Ozlynn
7. Jamal
8. Waris

MONYET MAFIA
1. Johan Raja Lawak
2. Achey
3. Ali Puteh
4. Amyza Adnan
5. Kamal Adli
6. Julia Ziegler
7. Altimet
8. Zuki

Dato’ AC Mizal kekal sebagai hos ditemani pelawak genit, Amir Raja Lawak yang akan muncul menghangatkan suasana selaku pengacara bersama. Adflin Shauki pula bakal memegang amanah selaku komentator, berpasangan dengan seorang selebriti jemputan yang akan diundang setiap minggu.

Permainan paling sakit perut gelak dan suka tengok yang maju mundur tu... Part Acey... Yang terkangkang duduk tu. Huhu... Sian pulak aku tengok bila part mundur. Tapi ada jugak part yang tak lawaknya... Macam part Amir, kenapa perlu ada dia yer.

Apa-apa pun, untuk minggu pertama super spontan superstar 2016... Seriously, cukup-cukup menghiburkan. Terasa segar urat kepala bila gelak tengok lawak dorang. Hilang stress kan?