Tabiat suka bukak pampers | Dah seminggu dah Ain berperangai sebegitu... Sampaikan nekwan dia kata... Mungkin Nur Ain dah ready untuk potty training. Hurmmm... Umur Nur Ain sekarang dah setahun 4 bulan atau 16 bulan. Adakah patut aku start... Potty training untuk Nur Ain seawal 16 bulan?


Nak train anak free diapers bukanlah mudah... Tapi, sukanya di sini aku nak share beberapa tips untuk ajar anak ke tandas pada usia setahun ke atas. Actually, kalau anak dah faham apa yang kita cakapkan... Dan dia pun dah boleh bercakap sikit-sikit... Takde masalah sebenarnya nak train anak free diapers... Cumanya, kenalah bertabah untuk first week. Kalau macam Alia dulu... First week memang selalu terkucil. So, sebelum huru-hara atau gagal untuk train anak ke arah free diapers... Berikut adalah beberapa tips untuk memudahkan proses potty training yang mungkin dapat membantu. Kalau Alia dulu... Tips yang aku guna pakai tersangatlah membantu. dua atau tiga minggu pasti latihan free diapers berjaya. Hati mesti kering, sabar kena banyak... Kalau tak... Tak kan berjaya punya... Tau jelah budak... Bijak memanipulasi keadaan. Tak betul dengan gaya... Bawak muka sepulohsen... Kalah kita dibuatnya...

So... First, tikar atau karpet... Kenalah terlebih dahulu digulung... Sebelum menjadi tempat anak membuang... Terutamanya pada first week potty training. Confirm! terkucil pasti ada.

Then, selalu tanya anak setiap 15 minit... Nak kencing ke... Nak berak ke... Supaya dorang sentiasa alert. Kalau macam aku... Bukan setakat tanya je... Malah setiap 15 minit aku akan bawak anak ke tandas. Kencing atau tak... Itu lain hal... Yang penting kita senantiasa mengingatkan.

Kemudian, bila anak terkucil... Janganlah dimarahi seteruk-teruknya. Sebaliknya... Terangkan perkara yang sebenar... Bahawa tiap kali nak kencing atau berak kenalah ke tandas.

Bila anak dah mula boleh ke tandas... Bagi penghargaan buat mereka. Tak kiralah penghargaan itu berbentuk material atau sekadar ciuman. Biasalah lumrah manusia. Sangat-sangat suka bila dihargai. Aku percaya... Latih dan terus berlatih pastinya berjaya. Based on pengalaman even time Alia dulu agak lambat untuk potty training iaitu pada usia 2 tahun lebih... Tapi takdelah sampai berbulan-bulan untuk train.

Terakhir sekali... Sebelum tidur malam, ajak anak ke tandas. Kemudian, pastikan tempat tidur dilapik supaya tidak berbau hancing.

Memandangkan Ain selalu sangat bukak pampers... Aku akan cuba ajar dia berlatih untuk ke tandas. Semoga potty training Ain berjaya :)