Meh sandar pada aku | satu lagi drama adaptasi novel yang akan ditayangkan di slot Dahlia, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jam 7 malam, semestinya di tv3. Adakah drama meh sandar pada aku ditayangkan selepas drama Mr Boss Miss Stalker yang hanya tinggal 5 episod lagi, di mana episod akhir Mr boss miss stalker akan ditayangkan pada 4 Jun 2016. Sama-sama kita tunggu dan lihat ok ^_<.

Sumber gambar pelakon meh sandar pada aku adalah daripada fb Filem/Drama adaptasi novel

Berdasarkan beberapa sinopsis meh sandar pada aku... Ia mengisahkan tentang Orang kata tak kenal maka tak cinta.Tapi dah kenal menyakitkan hati pulak. Macam mana tu? Afnan Tasneem dipertemukan dengan penyelia yang menjengkelkan- Dr Syed Nadhan. Kegagalan perkahwinan papa dan mamanya benar-benar memberi kesan pada Syed Nadhan.

Kehadiran Afnan sebagai pelajar praktikalnya benar-benar memeningkan kepalanya. Afnan selalu meluahkan perasaan tak puas hati tentang penyelianya kepada Adam Naufal. Adam tahu Dr Syed menyukai Afnan dan dia sengaja menimbulkan rasa cemburu Dr Syed. Namun, Afnan menyangka Adam menyintainya. Keadaan berubah bila Mama Afnan bakal berkahwin dengan Papa Dr Syed. Keadaan bertambah rumit bila Afnan mengetahui Adam bakal berkahwin. Dr Syed pula bertunang dengan dr Aleesya dan Afnan akan dijodohkan dengan Aamir, Kecewa dengan berita perkahwinan Adam, Dr Syed muncul dan memujuk sebagai abang. Namun, takdir menentukan segalanya.

Kematian mama Afnan dan papa Syed membuatkan Dr Syed berasa bertanggungjawab melindungi Afnan dan mengahwininya. Dia memutuskan pertunangannya dengan Dr Aleesya. Berita ini mengejutkan Aleesya hingga terpaksa dirawat di hospital bahagia, Ini kerana, Aleesya sememangnya mencintai dr Syed sepenuh hati.

Bersama-samalah kita nantikan kemunculan drama meh sandar pada aku di kaca tv. Tapi sebelum tengok dramanya.... Boleh jugak baca bab demi bab novel online meh sandar pada aku seperti berikut untuk mengetahui perjalanan ceritanya. Rasanya... Bila didramakan nanti takdelah 100% mengikut dalam novel... Kalau ada perubahan pun... Maybe tak banyak... Kan!

Bab 1 Meh sandar pada aku
Bab 2 Meh sandar pada aku
Bab 3 Meh sandar pada aku
Bab 4 Meh sandar pada aku
Bab 5 Meh sandar pada aku
Bab 6 Meh sandar pada aku
Bab 7 Meh sandar pada aku
Bab 8 Meh sandar pada aku
Bab 9 Meh sandar pada aku
Bab 10 Meh sandar pada aku


Berdasarkan laman kepalabergetar2u, pelakon hero dan heroin drama meh sandar pada aku dipegang oleh Aliff Aziz dan Mira Filzah. Huhu... Macam best kan.

Sumber novel online meh sandar pada aku : aifabatrisya.blogspot.com