Minggu Ke-6 Maharaja Lawak Mega 2016 | Tema minggu ni adalah majlis. Kebetulan esok kami ada majlis kenduri arwah mak long. So, ramailah family kat rumah. Serupa tengok wayang dah dengan lampu tertutup... gelak ketawa sesama, membuatkan Alia turut serta menonton MLM untuk minggu yang ke-6. Semestinya group Bocey mencuri perhatian dia. Biasalah, ejen favourate kami 3 beranak.

Sumber gambar Ejen Bos terkeluar minggu 6 MLM2016 adalah daripada google image

Ada group lawak dan ada jugak group yang lansung tak lawak. Ingatkan Cham terkeluar minggu ni bila tengok tersenarai dalam bottom three. Rupanya tidak. SayWho pun sama... Last week pun tersenarai dalam bottom 3. Alih-alih, ejen bos yang terdiri daripada Abu, Ajo dan Ezad Lazim pulak yang terkeluar pada minggu ke-6 MLM 2016.

Then, yang tak sangkanya pulak... This week ada 2 ejen yang dapat 5 HA dari juri iaitu Rayza (solo) dan ejen Enjen. Wajarkah? Hurmmmm...

Apa-apa pun, man of the match untuk minggu ke-6 telah pun bertukar tangan setelah dua minggu Abam Bocey memenanginya. So, untuk this week Rahim Joras pulak yang diberi Man of the Match.

Setelah ejen Bos terkeluar pada minggu ke-6 MLM 2016. Maka, tinggal lagi 9 ejen yang bakal berentap pada minggu ke-7 MLM 2016 next week. Berikut adalah senarai 9 ejen lawak Minggu 7 MLM2016:-

Putih - Mamak & Ali
Enjen - Raja Azri, Acong & Yuss
Bora - Mamat, Yan & Isa
Cham - Along & Azrul
Rayza - Rayza Mukmin (solo)
SayWho - Vicha, Bocil & Agus
Joras - Shuk, Rahim & Joey
Lol - Angah, Tauke & Ajak
Bocey - Fad, Abam & Achey