Mari belajar buku mini berpad | berjudul nombor, bentuk dan warna... Buku terbaru Alia dan Ain, hubby belikan masa cuti panjang haritu. Beli pun di kedai buku di Summer Mall, Kuching. Murah je pun. RM6.90 je. Wajib update... At least, nanti tahu berapa buku pernah dorang miliki... Walaupun ada duatiga buah buku dah rosak teruk.

buku sesuai untuk kanak-kanak,

Biasalah budak... Kalau dah berebut time kita tak tengok... Habis buku dorang koyakkan. Aku suka design buku mini ni kerana beberapa sebab. First... Saiznya yang kecik dan ringan. So, boleh bawak pergi mana-mana... Masuk handbag. Then... Kalau budak besar Ain, memang senang nak pegang. Bukak by pages pun mudah. Banyak yang Ain tahu pasal objek bergambar dah. Boleh sebut dan tunjuk dah.Walaupun sebutan hanya di hujung lidah... Tapi dia faham akan arahan mudah.

Alhamdulillah... Sekarang, aku dan Alia tengah gigih untuk ajar Ain mengenali warna. Semoga aku terus diberi kesungguhan untuk terus buat homeschool untuk Alia dan Ain. Aamiin...