Filem pelepas saka | antara filem terbaru melayu yang akan mula ditayangkan pada 4 Februari 2016. Antara barisan pelakon yang membintangi filem pelepas saka adalah seperti Hanif Safuan, Hafiz Bahari, Lydia Izati, Esma Daniel dan Fauzi Nawawi.

Sumber gambar daripada google image

SINOPSIS FILEM SERAM PELEPAS SAKA
Berdasarkan info yang terdapat di Utusan Sarawak, filem pelepas saka mengisahkan tentang Haider dan isterinya, Alisya pulang ke kampung Mestika untuk menghadari majlis doa selamat yang dilakukan oleh ibubapa Haider, Adnan dan Nora. Adik kembar Haider, Raden juga turut pulang ke kampung.

Dari kecil sehingga dewasa, Haider dan Raden sangat rapat. Namun, semuanya berubah selepas Haider berkahwin dengan Alisya yang merupakan bekas kekasih Raden.

Suatu malam, Asiah melakukan upacara melepaskan sakanya pada Haider. Haider yang tidak menyedari dirinya didampingi saka Asiah mula berubah perangai menjadi panas baran. Dia mula mengesyaki Raden dan Alisya menjalin hubungan. Apakah yang berlaku?

Kepada peminat filem seram, nantikan tayangannya pada 4 Februari 2016 nanti.